PENYANYI rock lagenda Amy Search meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat hadir pada majlis pengebumian Yazit Ahmad bagi penghormatan terakhir buat pemain dram kumpulan itu. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, dia mempunyai komitmen sebagai komentator pada program Golden Memories Asia di Jakarta, Indonesia. ARTIKEL BERKAITAN: Yazit Search meninggal dunia... Al-Fatihah ARTIKEL BERKAITAN: Yazit Search kritikal, masuk ICU kerana kecederaan otak “Saya dengan rendah hati menyampaikan salam takziah di atas kepulangan Yazit ke Rahmatullah hari ini. Amy (tengah) bersama Yazid (dua dari kiri) dan anggota kumpulan Search. “Saya minta maaf kerana masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai komentator bagi Golden Memories Asia yang masih akan bersiaran langsung pada malam ini," katanya menerusi kenyataan yang diberikan kepada pihak media pada Khamis. Vokalis berkenaan terikat dengan tugasnya sebagai komentator di program Golden Memories Asia untuk siaran Indosiar di Jakarta, Indonesia. Dalam pada itu, Amy yang bersedih dengan pemergian Yazit turut memohon maaf kepada keluarga Allahyarham kerana tidak dapat menziarah dan menghadiri majlis pengebumiannya hari ini. “Sekali lagi salam takziah buat seluruh keluarga Yazit. Semoga tabah menghadapi pemergiannya. Saya minta maaf kerana masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai komentator bagi Golden Memories Asia yang masih akan bersiaran langsung pada malam ini. AMY SEARCH Penyanyi “Semoga segala amalannya sepanjang di dunia diperhitungkan dan roh beliau dicucuri rahmat," katanya. Terdahulu, pemain dram kumpulan Search, Yazit menghembuskan nafas terakhir akibat kerosakan otak selepas bertarung nyawa sejak Selasa lalu, di Pusat Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.53 pagi Khamis. Allahyarham meninggalkan seorang balu Ramlah Ahmad dan mempunyai tiga orang anak (termasuk anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Ramlah). Yazit sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas selain menghidap penyakit paru-paru berair dan kerosakan pada buah pinggang.