PENYANYI Siti Nordiana mengakui berasa kerdil dengan bakat mengacara yang dimilikinya jika dibandingkan dengan beberapa pengacara selebriti lain termasuk Alif Satar. Malah Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana, 35, berkata, dia juga tidak menjangka diundi sebagai pemenang bagi kategori Pengacara TV Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 Ahad lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah paling popular! Menang besar di ABPBH32 ARTIKEL BERKAITAN: Pakai seksi lancar album pun tak menjadi, Siti Nordiana berniaga pasar malam "Sebenarnya saya tidak menjangka akan memenangi kategori pengacara popular ini. "Kalau nak dibandingkan dengan pengacara-pengacara lain, saya mengaku saya terasa kerdil. Siti Nordiana mengakui terkejut apabila diumumkan sebagai pengacara TV popular pada ABPBH32. "Saya antara yang paling kurang dapat job mengacara dalam mana-mana program sekalipun," katanya kepada mStar. Selain menyifatkan kemenangannya itu sebagai hadiah sepanjang dua dekad berada di dalam industri seni, Nana berkata ia juga menjadi pembakar semangat buatnya memperbaiki mutu pengacaraan berbanding sebelum ini. "Saya anggap peminat suka saya jadi pengacara. "Jadi ini adalah peluang untuk saya perbaiki mutu pengacaraan saya. "Populariti ini tiada kena mengena dengan gosip cinta seperti yang diperkatakan ramai," jelasnya. Terdahulu, netizen meluahkan rasa kurang senang dengan mempertikai kemenangan Siti Nordiana sebagai pengacara TV popular pada malam kemuncak ABPBH32. Antara respons netizen di laman Twitter. Rata-rata netizen turut membandingkan Siti Nordiana dengan selebriti versatil Alif Satar yang dikatakan lebih layak menerima anugerah itu berdasarkan prestasinya mengacarakan beberapa program televisyen sehingga nama pengacara itu menjadi trending di Twitter Ahad lalu. "Maaf, aku rasa Alif Satar lebih layak menang kategori pengacara TV popular. "Alif Satar lebih layak terima anugerah sekurang-kurangnya satu. "Aku masih tak boleh terima yang Alif Satar tak menang pengacara malam ni... Dia lebih layak. Macam mana benda macam ni boleh jadi? "Alif Satar hos paling hidup untuk semua event!" tulis netizen.