PELAKON Elisya Sandha memberitahu biarpun mempunyai jawapan terhadap teka-teki netizen mengenai kehamilan kakaknya iaitu Fasha Sandha, namun dia memilih untuk mengunci mulut. Bagi Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan, 20, dia bukan individu yang sesuai untuk mengesahkan atau berkongsi perkara itu memandangkan kakaknya sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan. ARTIKEL BERKAITAN: “Nak tanya... ibu pregnant ke?” - Netizen teruja 'baby bump' Fasha Sandha ARTIKEL BERKAITAN: Dunia seni tak seindah mana... Fasha Sandha larang Elisya jadi pelakon “Saya tidak boleh beritahu atau kongsi apa-apa mengenai keadaan Fasha sekarang ini walaupun memang saya sudah mengetahuinya. “Bagi saya hamil atau tidak, biarlah Fasha sendiri yang kongsi berita itu. Tapi Alhamdulillah, tak kisah apa-apa pun, saya tumpang gembira untuk Fasha sekeluarga,” kata Elisya kepada mStar. Elisya kini berjinak-jinak dalam dunia perniagaan Elisya ditemui ketika sidang media Havoc Food Festival di Red Box, The Garden, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu. Sebelum ini, Fasha seakan memberi bayangan sedang hamil apabila memuat naik foto bersama suami, pelakon Aidil Aziz dan dua orang anaknya dengan kapsyen ‘berlima’ di Instagram. Menurut Elisya, ada kemungkinan kakaknya enggan mendedahkan perkara itu lagi disebabkan kesilapan lalu yang terlalu awal berkongsi tentang kehamilan namun akhirnya mengalami keguguran. “Insya-Allah apabila sudah tiba masanya mesti dia akan kongsi, kena tunggu betul-betul dah disahkan mengandung atau tidak. Saya rasa, mungkin Fasha kini lebih berhati-hati nak kongsikan sesuatu. Kapsyen Fasha di foto tersebut mengundang spekulasi netizen mengenai dirinya kini sedang hamil “Sebelum ini, dia pernah tersilap kongsi kehamilan terlalu awal sebab terlalu teruja tapi Allah nak uji dia keguguran. Jadi, kali ini dia belajar daripada kesilapan sendiri,” ujarnya. Pada 10 Jun lalu, Fasha berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran pada usia kandungannya hampir enam minggu. Dalam pada itu, pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini meluahkan rasa teruja dapat sertai Havoc Food Festival buat kali pertama yang akan diadakan pada 1 hingga 3 November depan di Perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam. “Saya sangat teruja sebab buat pertama kali saya akan sertai festival makanan dengan membuka gerai makanan di sana. “Sebelum ini saya tak pernah sertai mana-mana program perniagaan dan boleh dikatakan ini baby step untuk saya menceburi bidang perniagaan makanan,” katanya.