suria

Aliff Aziz masuk kelas agama, belajar mengaji - Bella Astillah

Bella berkata dia cuba membantu Aliff membina keyakinan diri menerusi IG Live.

SELEBRITI kontroversi Aliff Aziz kini dikhabarkan sedang membina kekuatan diri dan memantapkan aspek kerohanian dengan mengikuti kelas agama di Singapura.

Menurut bekas isterinya yang juga pelakon Bella Astillah, masalah yang menimpa Aliff sebelum ini membuatkan dia hilang keyakinan diri khususnya untuk berdepan dengan masyarakat.

“Alhamdulillah, saya lihat keadaan Alif semakin baik dan dia ada masuk kelas agama serta mengaji.

ARTIKEL BERKAITAN: “Fikiran jangan terlalu kolot!” - Bella Astillah jawab cacian ‘gila glamor’ kerap buat IG Live dengan Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: “Walau 10 kali buat hal... terpulang diri sendiri nak maafkan atau tidak” - Aliff 'masuk' IG live Bella Astillah

“Bagi saya, ia sesuatu yang baik dan boleh mendorong ke arah kebaikannya juga.

“Apabila kita buat baik, sudah tentu Allah akan balas dengan benda baik. Tapi itu saja yang saya tahu mengenai dia,” ujarnya kepada mStar.

Bella mahu mengekalkan hubungan baik dengan Aliff demi kebaikkan anak mereka.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, ditemui ketika Sidang Media Havoc Food Festival di Red Box, The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dia dan Aliff sebelum ini dikecam apabila kerap membuat siaran langsung (IG Live) bersama Aliff hingga dituduh cuba mencari publisiti serta meraih simpati.

Namun mengulas lanjut mengenai hal itu, pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh ini berkata ia juga sebagai salah satu cara untuk dia memulihkan semangat bekas suaminya itu.

“Netizen ada pendapat masing-masing tapi saya tak kisah mereka tak selesa sebab kalau tak suka, boleh saja meninggalkan IG Live kami. Lagipun, saya tak nak orang kata saya membenci Aliff.

Bella bersama Fendy Bakry dan Nafiz Muaz.

“Dia perlukan sokongan, memang dia ada keluarga tapi apa salahnya saya beri sokongan dan semangat memandangkan dia tetap ayah kepada anak kami, Ayden.

“Sebenarnya dia tidak yakin dengan diri sendiri untuk buat IG Live seorang dan saya berpesan padanya supaya jangan fikir tentang apa yang orang kata. Sebab itu saya ajak dia buat IG Live sama untuk bagi semangat,” jelas Bella.

Untuk rekod, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi curang.

Bella Astillah, Aliff Aziz

Artikel Lain