suria

“Jangan suka hati nak panggil orang pun***” - Ajak Shiro hilang sabar netizen biadab tinggal komen negatif

Ajak menasihati ibu bapa lain untuk menjaga anak mereka supaya tidak menggunakan kata-kata kesat.

PELAWAK dan pengacara Ajak Shiro menawarkan hadiah wang tunai RM500 bagi netizen yang berjaya menjejaki individu disebalik akaun Instagram @aasincomel.

Tawaran itu dibuat selepas berang dengan tindakan biadab pemilik akaun tersebut yang meninggalkan komen menggunakan bahasa kesat pada video Ajak, 33, bersama anaknya, Nadia Soffea, di Instagram pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Isteri baca dulu mesej dihantar perempuan lain” - Ajak Shiro sedar belum mampu poligami

"Mamat ni panggil aku pun*** dalam video aku dengan anak aku tadi... Kecam aku sudahlah. Anak aku, kau nak kecam dah kenapa. Siapa dapat cari dia, aku bagi RM500.

Ajak berang dengan individu yang meninggalkan komen menggunakan kata kesat di video dia bersama anaknya.

"DM (direct message) aku sekarang. Buat @aasincomel, kau tunggu kejap," tulisnya.

Bagaimanapun pemilik nama Mohamad Hanaffi Razak ini memadam video dia dan anaknya itu bagi mengelak lebih banyak komen negatif susulan perbuatan keterlaluan individu tersebut.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya berpendapat Ajak tidak perlu melayan komen tersebut memandangkan individu itu menggunakan akaun palsu.

Selang beberapa jam kemudian, Ajak memuat naik video dia memohon maaf kerana bersikap terburu-buru dan bertindak dalam keadaan marah.

Lain kali jaga bahasa, jangan suka hati nak panggil orang pun*** sebab kita pun boleh cakap benda yang sama tapi kita tak nak buat.

AJAK SHIRO

Pelawak dan pengacara

Pengacara program Melodi ini juga mengambil keputusan untuk memaafkan individu tersebut.

"Saya nak minta maaf sebab saya terlebih rakus nak cari budak Aasincomel itu. Sekarang ini pun selepas tengok hujan turun, jerebu dah okey dan anak saya pun dah boleh main basikal, saya maafkan Aasin.

"Lain kali jaga bahasa, jangan suka hati nak panggil orang pun*** sebab kita pun boleh cakap benda yang sama tapi kita tak nak buat," katanya.

Ajak sudah memaafkan individu tersebut.

Dalam pada itu, Ajak menasihati ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka supaya tidak menggunakan kata-kata kesat pada orang lain.

"Jadi nak pesan pada semua, saya pun ada anak dan saya risau juga kalau anak buat benda sama pada orang lain. Pada ibu bapa lain, jaga juga anak-anak anda. Bukan nak mengajar cara nak mendidik anak.

"Tapi tak suka dengan bahasa macam tu. Kita sebagai orang tua kena jaga bahasa kita. Memang saya pelawak tapi kalau saya dengan anak, jangan cabar sebab saya bukan budak," ujarnya.

Ajak Shiro

Artikel Lain