suria

“Asalkan muka saya bersepah” - Janna Nick suka kaut semua ‘job’ depan mata, tak kisah bayar rendah

Janna Nick diumumkan sebagai Aris Versatil Popular ABPBH32. -Foto SHAARI CHEMAT

REBUT semua peluang tanpa berkira dalam soal bayaran menjadi antara kunci pelakon Janna Nick mengekalkan populariti dalam industri seni.

Menurut Janna, atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 24, dia tidak pernah meletakkan nilai yang tinggi bagi setiap tawaran yang diterima. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebab tu malas nak kongsi benda baik”- Janna Nick kesal video taranum pun kena kecam

"Kemungkinan kemenangan kali ini disebabkan saya tamak merebut semua peluang yang ada selain tak pernah 'demand' dengan harga tawaran lakonan.

"Walau tidak dibayar dengan harga yang tinggi, asalkan muka saya banyak dan bersepah," kata Janna kepada mStar.


Janna mahu perbaiki kekurangannya dalam bidang seni.

Janna ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 pada Ahad lalu.

Pada acara itu Janna menang dalam kategori Artis Versatil Popular menewaskan empat calon lain iaitu Alif Satar, Mira Filzah, Siti Nordiana dan Zizan Razak.

Selain bagi kategori Artis Versatil Popular, Janna turut tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pengacara TV Popular.

Walaupun dah menang tapi tak rasa kualiti saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada tahap yang membanggakan diri.

Janna Nick

Pelakon

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Cinta Aku ini berkata dia belum mencapai prestasi yang cukup membanggakan dalam kerjayanya dalam bidang seni.

"Walaupun dah menang tapi tak rasa kualiti saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada tahap yang membanggakan diri.

"Apa yang saya boleh lakukan ialah memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik," ujarnya.

Janna Nick, tamak, ABPBH32

Artikel Lain