SUNGGUHPUN pernah menyertai program realiti nyanyian pada 2003, pengacara Nana Mahazan mengakui dia tidak dikurniakan bakat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang itu.
Kata Nana atau Nurul Hana Che Mahazan, 36, dia memilih untuk mengetepikan minatnya dalam bidang seni suara kerana sedar diri tidak layak untuk bergelar penyanyi.
ARTIKEL BERKAITAN: Budak 9 tahun dihina, Nana Mahazan sedih anak jadi mangsa 'body shaming'... “Ada yang samakan dengan wajah haiwan”
"Tidak ramai yang tahu saya suka menyanyi tapi tak la sedap mana pun. Tak boleh jadi penyanyi pun. Saya faham dan terima hakikat... saya terus pandang ke hadapan.
Nana berkongsi perkara itu menerusi Instagramnya.
"Tapi menyanyi akan sentiasa menjadi hobi saya. Tapi sebenarnya tak juga sebab sekarang dah ada hobi lain. Saya seronok buat kerja saya sekarang, bercakap.
"Walaupun tak pernah menang apa-apa anugerah, saya tetap bersyukur sebab saya masih lagi diterima. Ada juga produksi yang nak bagi job kan," kata Nana.
Nana berkongsi perkara itu beserta video ketika dia menjadi tetamu di program The Sherry Show di Instagram pada Selasa.
Untuk rekod, Nana pernah menyertai program realiti terkenal iaitu Akademi Fantasia musim pertama pada 2003.
Dalam pada itu, pengacara program Mentor musim ketujuh ini memberitahu dia sentiasa memberi komitmen sepenuhnya setiap tugas yang diberikan.
Menjadi Nana Mahazan, saya komited... Saya selalu berikan sehabis baik. Walaupun saya tahu tak semua orang suka cara penyampaian saya.
NANA MAHAZAN
Pengacara
Bagi Nana, setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan namun dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak menyukainya walaupun sudah mencuba yang terbaik.
"Menjadi Nana Mahazan, saya komited... Saya selalu berikan sehabis baik. Walaupun saya tahu, tak semua orang suka cara penyampaian saya. Tapi hey, saya cuba.
"Setiap orang ada keistimewaan masing-masing. Semua ada kelebihan dan kekurangan.
"Buat orang gembira pun antara kegembiraan saya. Terima kasih semua yang mengikuti saya dan yang selalu ada. Saya doakan semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan," ujarnya.