suria

“Pelakon sibuk tanya bayaran, pengarah pula tak baca skrip!” - Penerbit Haji Zeel tanggung rugi drama tak menjadi

Fadzil Teh kecewa sikap segelintir pengarah dan pelakon.

PENERBIT drama Fadzil Teh menyelar tindakan segelintir pengarah yang dianggap malas untuk membaca skrip sebelum memulakan penggambaran sesebuah drama.

Fadzil atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel, berasa kecewa apabila pelaburan yang dikeluarkan untuk menjayakan sesebuah drama tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran Arah Drama 'Bib' Selepas Pengarah Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN:  Kos Murah Jadi Sebab Penggambaran 'Bencinta' Di Luar Negara

"Saya dan beberapa penerbit lain berkecil hati bila kebanyakan pengarah yang dapat diberi tanggungjawab tak mahu baca skrip. Kalau pengarah pun tak baca, macam mana dia nak guide pelakon?

"Lebih geram lagi kalau drama tu tak jadi macam yang kita mahu, saya rasa tak puas hati. Kita yang keluarkan duit tapi tak dapat pun seperti yang kita nak.

Antara kenyataan yang dimuat naik Haji Zeel di laman Instagram miliknya.

"Segelintir pengarah sekarang mengharapkan sepenuhnya kepada penolong pengarah dan krew yang baca skrip.

"Mereka perlu faham, pengarah adalah nakhoda, kalau mereka sendiri pun tak datang tengok final editing, tak baca skrip, tapi akhirnya nama mereka juga yang keluar tv," ujarnya kepada mStar.



Haji Zeel bersama pelakon-pelakon drama Sara Sajeeda yang menjalani penggambaran di Pakistan.

Selain itu, pemilik Zeel Productions ini berkata, beberapa artis baharu turut memiliki 'penyakit' sama sehingga menjejaskan mutu lakonan gara-gara tidak mengetahui sesebuah watak yang diberikan kepada mereka.

Lebih menjengkelkan, apabila artis berkenaan hanya pandai bertanyakan soal bayaran.

Segelintir pengarah bergantung kepada penolong pengarah untuk baca skrip. Pelakon kita pula hanya sibuk tanya 'berapa bayar'?

FADZIL TEH

Penerbit

"Kalau kita tengok banyak artis baru yang tengah-tengah nak in demand, mereka pun sebenarnya tak baca skrip, mereka tak tahu pun apa karakter mereka sebenarnya. Jadi, lakonan mereka pun tak sampai ke tahap yang kita inginkan.

"Sudahnya bila sampai di set, mereka jadi diri sendiri. Saya ada hasilkan drama gabungan antara pelakon Pakistan dan Malaysia. Boleh saya katakan jauh panggang dari api.

"Komitmen mereka terhadap karakter dan watak tu sangat jauh berbeza. Pelakon kita hanya sibuk tanya 'berapa bayar'?" ujarnya lagi.

Fadzil Teh, drama

Artikel Lain