suria

Han-Byul, Neeta tepati ramalan ke final… Fieya Julia, Kucaimars tersingkir di Big Stage!

Fieya gagal mara ke final, Han-Byul tepati ramalan.

PENYANYI Fieya Julia dan Kucaimars gagal menempatkan diri sebagai finalis peringkat akhir program Big Stage musim kedua selepas diumumkan tersingkir pada pertandingan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

Fieya mendapat markah terendah iaitu sebanyak 60.17 peratus daripada juri, manakala Kucaimars pula 67.33 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Prestasi persembahan merudum, Santesh gagal mara ke semi final Big Stage

ARTIKEL BERKAITAN: Han-Byul dapat 'standing ovation', Sheryl Shazwanie peserta pertama tersingkir Big Stage musim kedua

Undian peminat secara online tidak membantu untuk kedua-dua peserta kekal di pentas Big Stage.

Pada malam tersebut, Fieya menyampaikan dua buah lagu iaitu Chandelier nyanyian asal Sia dan menerusi pusingan kedua duet bersama penyanyi Liza Hanim mempersembahkan lagu Cinta nyanyian asal Misha Omar dan Jaclyn Victor.

Lima peserta layak meneruskan perjuangan di pentas final.

Manakala, Kucaimars membawakan lagu Keabadian Cinta nyanyian asal Anuar Zain dan lagu duet bersama Sam Bunkface (Revolusi).

Sementara itu, penyanyi Han-Byul dan Neeta menepati ramalan netizen apabila layak melangkah ke final minggu hadapan.

Kedua-keduanya mendapat markah tertinggi sekaligus memberi saingan hebat kepada tiga peserta lain iaitu Adzrin, Dinda Permata dan Irfan Haris.

Penyanyi dari Korea Selatan itu mendapat markah sebanyak 74.33 peratus, manakala Neeta pula menerima 77.67 peratus.

Big Stage minggu kelima diadili dua juri profesional tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika serta juri jemputan, Tam Spider.

Program ini dihoskan oleh Alif Satar bersama Sherry Alhadad dan konsert akhir itu akan berlangsung pada 6 Oktober ini di Auditorium MBSA.

Artikel Lain