suria

“Ada suara misteri sambung nyanyian saya” - Gangguan mistik jejas fokus Fieya Julia ketika latihan Big Stage

Fieya Julia berdepan kejadian mistik semasa sesi latihan konsert Big Stage.

PESERTA Big Stage musim kedua, Fieya Julia mendedahkan dia mengalami kejadian misteri sehingga menganggu konsentrasinya sepanjang menyertai program nyanyian itu.

Fieya, 20, berkata dia seorang yang lemah semangat dan berkemungkinan gangguan itu menyebabkan dia mudah jatuh sakit dan tidak sihat menjelang konsert.

"Saya pernah diganggu ketika berlatih menyanyi, tiba-tiba saya dengar ada suara lain menyahut dan menyambung nyanyian. Saya pun terkejut!

ARTIKEL BERKAITAN: Han-Byul, Neeta tepati ramalan ke final… Fieya Julia, Kucaimars tersingkir di Big Stage!

"Sejujurnya saya ini lemah semangat orangnya jadi mudah terbawa-bawa perasaan tu! Tapi rasanya saya tak sihat setiap minggu bukan sebab hal mistik.

Fieya mudah emosi semasa membuat persembahan di pentas Big Stage.

"Mungkin kerana tak cukup rehat dengan jadual dan latihan yang padat menyebabkan saya demam dan sakit tekak setiap minggu," katanya kepada mStar.

Fieya ditemui sejurus konsert separuh akhir Big Stage yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

Saya tak percaya benda tu semua dan hanya meminta dijauhkan daripada perkara-perkara syirik. Harapnya tiada gangguan yang bukan-bukan!

FIEYA JULIA

Penyanyi

Penyanyi lagu Perasaanku ini tersingkir pada saingan tersebut setelah menerima markah terendah iaitu sebanyak 60.17 peratus.

Turut tersingkir ialah Kucaimars yang hanya menerima markah 67.33 peratus.

Neeta (tengah) dan Dinda (kanan) mara ke pentas akhir Big Stage.

Lima finalis yang layak ke pentas akhir Big Stage 2019 adalah Neeta, Han Byul, Irfan Haris, Adzrin dan Dinda Permata.

Sementara itu, Fieya berharap masalah kesihatan yang dihadapinya itu bukanlah disebabkan gangguan makhluk halus.

"Saya tak percaya benda tu semua dan hanya meminta dijauhkan daripada perkara-perkara syirik. Harapnya tiada gangguan yang bukan-bukan!

"Ayah saya pun ada cakap mungkin sebab terlalu penat sampai terbawa-bawa. Iyalah saya pun terlalu memikirkan mengenai pertandingan ini," ujarnya.

Fieya Julia, Big Stage

Artikel Lain