KEGEMBIRAAN isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa berkongsi berita kehamilannya di laman Instagram telah dicemari dengan komen-komen negatif netizen. Tindakan Hana memuat naik rakaman video sedang menjalani pemeriksaan ultrasound di sebuah pusat perubatan di Kedah ternyata mengundang rasa kurang senang segelintir pihak. Ada yang mempersoalkan status rumah tangga usahawan berusia 25 tahun itu dan mempertikaikan mengenai niatnya berkongsi rakaman tersebut di Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Hana Azraa beri gambaran hamil, PU Abu belum sedia kongsi “InsyaAllah akan beritahu nanti” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya menangis, cuma tak update” - Hana Azraa dah kenal PU Abu sejak lima tahun lalu "Kata hari tu dah cerai? Ke aku yang salah baca ni. Atau hanya video throwback? Apa-apa pun tahniah. "Kejap single mum... kejap nak cerai... kejap buka purdah, ini dah mengandung pula. Sebahagian komen yang ditulis netizen di muat naik tersebut. "Kite doalah yang baik-baik pada ibu dan bayi yang dikandung, tak usah kita asyik ulang-ulang sebut perkara yang dah lepas, cukup-cukuplah mencaci," tulis pengikut di ruangan komen. Pada Selasa, Hana berkongsi rakaman video pendek meluahkan rasa syukur dan berjanji memberikan kasih sayang terhadap bayi yang bakal dilahirkan itu. "Cinta tanpa syarat. Pasti mama akan memberi lebih banyak cinta dan terbuka untuk menerima cinta itu. Percayalah bahawa semua bayi adalah baik," tulisnya pada kapsyen. Mama akan memberi lebih banyak cinta dan terbuka untuk menerima cinta itu. Percayalah bahawa semua bayi adalah baik! HANA AZRAA Isteri PU Abu Bagaimanapun dalam muat naik tersebut Hana tidak menyatakan usia kandungan keduanya itu. Sebelum ini, Hana memberitahu dia masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai kehamilannya itu dan meminta Abu sendiri membuat pengumuman. "Insya-Allah tidak lama lagi saya akan kongsi. Sebab saya belum bersedia lagi nak kongsi apa-apa buat masa sekarang melainkan perkara itu daripada Abu sendiri," katanya kepada mStar. Hana berkongsi kegembiraan di Instagram. Pada 8 Mei lalu, PU Abu menjelaskan dia dan Hana sudah berkahwin di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwa. Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain Ani Latif pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April lalu. Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain. Konflik perceraian PU Abu dengan Ain berkesudahan dengan jatuhnya talak dua pada 16 Mei lalu. PU Abu dan Ain dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu. Terdahulu, Hana pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan kini berusia tiga tahun.