suria

“Tak pernah terfikir nak report polis” - Black Hanifah nasihat Haneesya jangan cepat melatah, jadikan 'hitam' sebagai senjata

Black nasihat agar Haneesya tidak cepat melatah.

PENYANYI Black Hanafiah menasihatkan pelakon baharu Haneesya Hanee agar tidak cepat melatah apabila warna kulitnya yang gelap sering dijadikan bahan jenaka.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 32, berkata, kekurangan dan keunikan yang dimiliki itu sepatutnya dijadikan sebagai senjata untuk terus berada dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar jadi bahan ejekan bubble tea, Ibu Haneesya Hanee buat laporan polis - “Kamu boleh cari fasal dengan saya tapi bukan dengan emak”

"Pada pendapat saya, Haneesya baru menapak dalam industri, mungkin dia sekeluarga masih belum biasa dengan situasi semasa seperti media sosial. 

"Dia masih terkejut di mana orang mengenali namanya, stalk dia, follow dia, jadi saya nak nasihatkan Haneesya supaya jangan cepat melatah malah jadikan kekurangan itu sebagai senjata," ujarnya kepada mStar.

Black anggap kulit gelap beri tuah kepadanya dalam industri.

Black ditemui di majlis sidang media program Mentor Milenia yang berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Black berkata, dia tidak pernah terasa hati dan menganggap warna kulitnya yang gelap sebagai kelebihan buat dirinya berbanding artis lain.

"Saya tak pernah nak report polis sebab orang cakap saya ni black kerana saya sedar saya seorang lelaki berkulit gelap. Tetapi disebabkan kulit gelap ini saya mendapat tempat dalam industri.

"Saya rasa kalau saya putih, orang takkan kenal saya. Black adalah hitam dan hitam adalah manis.

"Pada saya, Haneesya mempunyai identiti yang tersendiri, kalau orang sebut je nama dia mereka sudah boleh terbayang wajah dan tona kulitnya," katanya.

Black Hanifah, Haneesya Hanee, hitam

Artikel Lain