PENERBIT dan personaliti TV3, Ruhil Shafinaz tampil menjelaskan restoran BungaLawang Cafe miliknya tidak terlibat dengan isu menghidangkan makanan yang diragui status halal seperti yang diviralkan menerusi aplikasi Whatsapp sebelum ini. Menurut Ruhil, perkara itu berlaku apabila terdapat pihak yang menyebarkan maklumat tidak sahih dengan menggunakan foto restoran miliknya sehingga membuatkan orang ramai keliru. ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bertahan 3 bulan, Ning Baizura tutup restoran ARTIKEL BERKAITAN: Alvin Anthons Buka Restoran Masakan India "Sejak beberapa minggu lalu terdapat satu Whatsapp yang tular dalam kalangan masyarakat kita berkenaan sebuah restoran yang disyaki menghidangkan makanan yang diragui status halalnya. "Isu viral ini memang sensitif dan membangkit kemarahan ramai kerana melibatkan agama, bangsa dan soal menghidangkan makanan halal haram kepada jemaah umrah dan haji di KLIA," ujarnya. Antara kenyataan media yang dimuat naik Ruhil di laman Facebook miliknya. Kakak kepada penyanyi Ruhil Amani ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada Rabu. Ruhil dan suaminya pelakon Gibran Agi mengusahakan restoran berkenaan di Bandar Baru Bangi sejak tiga tahun lalu. Bercerita lanjut, Ruhil berkata, dia pada awalnya menyangka ia perkara biasa namun maklumat yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu turut menggunakan gambar restoran sehingga menjejaskan perniagaannya. Malah, Ruhil mendakwa terdapat dalang yang cuba memfitnah dan menganiaya perniagaannya itu. "Lokasi restoran yang diperkatakan itu jelas berada di Desa Cempaka dan Klia sedangkan restoran kami berada di Bandar Baru Bangi... kami juga tidak pernah mengambil pembekal ayam dari non-muslim. Ini satu bentuk fitnah yang sangat jahat dan membunuh. Kesannya, orang ramai menjauhi restoran kami sehingga ia sunyi dan sales terjejas teruk. RUHIL SHAFINAZ Penerbit "Kami menyedari tentang Whatsapp viral ini beberapa minggu lepas. Pada mulanya kami tidak pedulikan isu ini tetapi apabila Whatsapp itu disertakan dengan gambar hadapan restoran BungaLawang Cafe, saya rasa ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menganiaya kami. "Ini satu bentuk fitnah yang sangat jahat dan membunuh. Kesannya, orang ramai menjauhi restoran kami sehingga ia sunyi dan sales terjejas teruk," katanya. Dalam pada itu, Ruhil memberitahu dia telah membuat laporan polis berhubung perkara itu selain meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan lanjut. Sejak awal bulan lalu, tular mengenai sebuah restoran yang diusahakan peniaga bukan Islam didakwa menyediakan makanan diragui status halalnya. Ruhil memberitahu perniagaannya terjelas dan restoran miliknya sepi. Ia berikutan bekas pekerja restoran berkenaan yang mengakui berasa was-was dari segi penyembelihan ayam selain mengambil bahan-bahan masakan dari pembekal bukan Islam. Menerusi mesej yang tular berkenaan, bekas pekerja itu turut mengakui terpaksa berhenti kerja kerana tidak sanggup melihat jemaah umrah dan haji yang pulang ke tanah air menjamu selera di restoran berkenaan.