suria

“Lagu ni tiru Tergantung Sepi hampir 100 peratus... berapa bars dia langgar habis” - Band Indonesia cari nahas ciplak lagu Haqiem Rusli

Sir Khan berang dengan tindakan Symphony Band yang menciplak lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli.

KOMPOSER terkenal, Sir Khan Danial berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab sebuah kumpulan dari Indonesia dikenali sebagai Symphony Band yang didakwa menciplak lagu popular nyanyian Haqiem Rusli berjudul Tergantung Sepi.

Lebih teruk apabila Sir Khan mendakwa lagu yang diberi judul Pergi Saja itu memiliki melodi hampir 100 peratus sama dan hanya mengubah beberapa patah perkataan daripada lirik asalnya sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat terkilan Haqiem Rusli tak rakam lagu 'Kenangan', bandingkan suara Zack Zakwan

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu bukan kereta saya!” - Haqiem Rusli hanya tumpang bergambar sahaja, sengaja usik netizen

"Ramai dah DM saya berkenaan lagu Pergi Saja by Symphony Band kejadah apa tak tahu.

"Lagu ni tiru serupa melodi Tergantung Sepi hampir 100 peratus... berapa bars jangan tanyalah dia langgar habis," ujarnya.

Antara kenyataan dimuat naik Sir Khan di laman Instagram.

Sir Khan mendedahkan mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Selain itu, Sir Danial, turut meminta syarikat rakaman FMC Music untuk mengambil tindakan tegas ke atas kumpulan yang baharu ditubuhkan awal bulan September lalu.

"Setelah disiasat, band baru ditubuhkan, Youtube channel  buat 7 September tahun ni dan sememangnya mat Indonesia ni cari nahas.

"FMC Music sila ambil tindakan yang sepatutnya dibawah akta hak cipta atau plagiarism atau apa saja. Kena 'tembak' sikit mereka ni.

FMC Music sila ambil tindakan yang sepatutnya bawah akta hak cipta atau plagiarism atau apa saja. Kena 'tembak' sikit mereka ni.

SIR KHAN DANIAL

Komposer

"Tak habis-habis rembat hasil usaha orang, kebenaran tak minta, semua langgar!" ujarnya.

Sementara itu, hasil semakan mStar di laman Youtube mengenai lagu yang disifatkan kelakar oleh Sir Khan itu mendapati ianya telah diturunkan pihak berkenaan.

Dalam pada itu, Sir Khan turut memuat naik sebahagian daripada lagu ciplak itu dan meminta pengkarya seni untuk menghasilkan karya dengan jujur.

"Bagi yang tak sempat nak dengar bunyi kelakar lagu kartun Symphony ni mari dengar yang sempat dirakam semalam. Lirik tangkap muat, asal ada. Tukar beberapa patah perkataan.

Sir Khan meminta syarikat rakaman mengambil tindakan ke atas Symphony Band.

"Kepada pengkarya-pengkarya di luar sana, berkarya lah dengan jujur. Jadikan ini sebagai pengajaran... ini baru satu lagu. Aku tak rasa ini yang pertama.

"Mungkin ada lagi yang kita tak perasan. Terima kasih semua yang dah report lagu ni semalam," tulisnya.

Lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli dicipta sepenuhnya oleh Gouffran dan Ibnu dan pernah memenangi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) pada tahun lalu.

Symphony Band dianggotai oleh lima ahli kumpulan iaitu Angga Adriansyah sebagai vokalis, Jeihan Abdy pemain bass, Sapta pemain keyboard, Rivi Andrico, pemain drum dan Izmi Agung Nugraha sebagai pemain gitar.

Artikel Lain