suria

“Nak jadi artis... mental kena kuat” - Scha Alyahya komen selebriti 'kaki drama', luah perasaan di laman sosial

Scha harap selebriti tidak terlalu risau dengan komen netizen.

PELAKON Scha Alyahya memberitahu seseorang yang mahu bergelar selebriti perlu sentiasa bersedia dari segi kekuatan mental terutama pada era media sosial.

Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 36, berkata, mereka tidak perlu terlalu risau dengan pendapat orang ramai terutama di media sosial yang hanya melukakan perasaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Dewi Remaja 2019 ‘dikurung’ 54 hari, elak kontroversi pesta arak berulang

"Kehidupan seorang selebriti stres dan depres jika terlalu ikut apa yang orang luar mahukan kerana selebriti hanya manusia biasa yang tidak sempurna.

"Kekuatan mental itu sangat penting, kena tahu siapa diri kita dan jangan terlalu risau dengan apa yang orang cakap fasal kita," ujarnya kepada mStar.

Scha mahu peserta Dewi Remaja bersedia dari segi kekuatan mental.

Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini ditemui ketika sidang media memperkenalkan peserta Dewi Remaja 2019 di Nicsmann 1940s By Lewre, The Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.

Scha menambah, dia berpendapat tidak salah jika segelintir selebriti menjadikan media sosial sebagai medium untuk meluahkan perasaan.

Bagaimanapun, perkara itu tidak sampai merosakkan diri mereka sendiri.

"Media sosial menjadi medium dan outlet segelintir selebriti melepaskan perasaan sama ada buat video atau live. Mungkin mereka rasa ingin berkongsi atau rasa sunyi.

"Mereka mahu rintihan didengari sehingga mereka nampak seperti memberontak dan kaki drama. Saya rasa tak ada masalah, asalkan perkara itu tidak menyakitkan diri mereka sendiri," ujarnya.

Mereka mahu rintihan didengari sehingga mereka nampak seperti memberontak dan kaki drama.

SCHA AL-YAHYA

Pelakon

Scha merupakan antara selebriti yang sering mendapat perhatian netizen.

Malah, anak perempuannya, Lara Alana turut menerima tempias daripada populariti kedua ibu bapanya sebagai selebriti.

Dalam pada itu, Scha berharap supaya netizen tidak meletakkan harapan terlalu tinggi dan sentiasa ingin melihat artis menjadi seorang yang sempurna di mata mereka.

Bagi Scha seseorang selebriti perlu menunjukkan contoh yang baik kepada peminat dan tidak dapat menghentikan kata-kata negatif daripada netizen.

"Daripada meletakkan harapan terlalu tinggi kepada kami, apa kata kalau sokong sahaja keputusan kami.

"Semua orang ada pendapat masing-masing cuma kita perlu tahu siapa diri kita dan cuba untuk jadi lebih baik," katanya.

Scha Alyahya

Artikel Lain