suria

“Beribu komen buat saya tukar fikiran” - Fizo Omar buat tawaran jual Fizomawar Kitchen

Fizo dan Mawar sudah membuat keputusan muktamad untuk menamatkan operasi restoran mereka.

SELEPAS mengesahkan restoran Fizomawar Kitchen (FMK) bakal menamatkan operasi pada hujung bulan ini, pelakon Fizo Omar menerima banyak komen memintanya untuk membuat penjenamaan semula.

Menurut Fizo, 34, permintaan itu membuatkan dia berfikir untuk menawarkan kepada mana-mana pihak yang ingin membeli dan mengambil alih perniagaan itu dengan menggunakan nama baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Banyak kenangan... mungkin ini jalan terbaik” - Fizo, Mawar Karim sepakat tutup restoran Fizomawar Kitchen

"Selepas kita buat pengumuman untuk tamatkan operasi, saya terima beribu komen yang membuatkan saya terfikir sesuatu. Rata-rata pelanggan meminta saya buat penjenamaan semula.

Fizo mengesahkan restoran Fizomawar Kitchen bakal ditutup pada hujung bulan ini.

"Komen-komen itu membuatkan saya tersentuh hati, ada yang tanya selepas ini nak makan tomyam, daging bakar dekat mana. Semua resepi saya sendiri belajar di Thailand.

"Saya faham, pelanggan akan rindu sebab itu saya terfikir untuk menawarkan kepada sesiapa untuk mengambil alih tanpa menggunakan jenama yang sama tapi guna nama baru.

"Sambung kontrak dan semua barang yang sedia ada diberikan sekali. Memikirkan pelanggan untuk menikmati menu yang sama, jadi saya bersetuju dan tiada masalah untuk beri resepi serta ilmu kepada pengurusan baru," katanya.

Segala resepi, saya akan beri panduan dan latih sesiapa yang berminat. Saya fikirkan pelanggan boleh pergi ke restauran baru tapi menu dan rasa yang sama.

FIZO OMAR

Pelakon

Fizo berkongsi perkara tersebut menerusi IGTV di Instagram baru-baru ini selepas menerima maklum balas daripada pelanggan setianya mengenai penutupan restoran yang diusahakan bersama bekas isteri, Mawar Karim.

Pada 11 Oktober lalu, Fizo memberitahu keputusan itu dicapai setelah mereka mengadakan perbincangan dan penutupan restoran itu merupakan jalan terbaik selepas mereka berpisah.

Dalam pada itu, tujuan Fizo ingin memberikan peluang kepada usahawan yang ingin mengambil alih perniagaan yang diusahakan selama empat tahun itu untuk mengembirkan hati pelanggan setia mereka.

Fizo akan berkongsi resipe dan panduan kepada pihak yang berminat mengambil alih restorannya.

"Segala resepi, saya akan beri panduan dan latih sesiapa yang berminat. Saya fikirkan pelanggan boleh pergi ke restauran baru tapi menu dan rasa yang sama.

"Untuk sesiapa yang berminat, boleh bincang harga dan segalanya. Saya harap dapat menggembirakan pelanggan setia," ujarnya.

Sebelum ini, Fizo dan Mawar Abdul Karim bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Pasangan itu berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Artikel Lain