PELAKON Ruhainies memberitahu kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E ada menyuarakan hasrat untuk melamarnya dalam masa terdekat dan menunggu waktu sesuai. Ruhainies bagaimanapun berkata, dia tidak mahu terburu-buru menamatkan zaman bujang kerana memberikan ruang kepada kakaknya yang juga pelakon Risteena melangsungkan pernikahan terlebih dahulu. "Si dia (kekasih) okay sahaja bila nak kahwin, dia sendiri pernah cakap kalau boleh nak cepat-cepat kahwin dan tak mahu tangguh. Tapi saya minta masa sebab tak ada apa yang nak dikejar dan ada perkara yang harus diselesaikan dulu. ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong hormat, sekurang-kurangnya minta kebenaran!” - Ruhainies berang wajah kekasih tersebar ARTIKEL BERKAITAN: “Berhentilah tanya bila nak kahwin” - Ruhainies mula tertekan, minta netizen fokus pada kerjaya seni "Sekarang ini dia hanya menunggu keputusan saya, kalau semua dah okay dan saya sudah bersedia, dia akan teruskan bila-bila masa sahaja. Lagi satu saya nak tunggu Risteena naik pelamin dulu, tak mahu langkah bendul!," katanya kepada mStar. Ruhainies beri laluan kupada kakaknya Risteena. Pelakon drama Hello Mr Perfect! ini ditemui semasa pelancaran kafe Bites Dessert yang terletak di Plaza Arkadia, Desa Park City, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. Ditanya adakah dia bersedia untuk meraikan hari bahagia bersama kakaknya dalam satu majlis, Ruhainies memberitahu lebih baik jika ia diadakan secara berasingan. "Sekarang ini kita ikut turutan, biarlah Risteena kahwin dulu. Majlis pun buat asing-asing tak mahu sekali! Kita kahwin hanya sekali, kalau boleh biar jadi kenangan dan orang ingat. "Nampaknya kalau Risteena tangguh, kami pun kena tangguhlah! "Apa-apa pun ia berbalik kepada jodoh. Kalau ditakdirkan saya kahwin dulu sebelum Risteena, saya terima sahaja," katanya yang enggan bertunang dalam tempoh masa terlalu lama. Rakan selebriti yang hadir semasa pembukaan kafe Bites Dessert di Plaza Arkadia, Desa Park City, Kuala Lumpur. Bercakap mengenai Bites Dessert, Ruhainies berkata kafe tersebut menyediakan hampir 50 jenis pencuci mulut untuk pelanggan. Kafe yang mengambil konsep dari Korea Selatan dan Eropah itu menyediakan hidangan istimewa seperti kek, biskut, coklat, ais krim dan pelbagai lagi menu pencuci mulut. Ilham dan idea untuk membuka kafe itu diperoleh ketika dia dan kekasih melancong ke luar negara. Nampaknya kalau Risteena tangguh, kami pun kena tangguhlah! RUHAINIES Pelakon "Saya banyak jelajah negara Eropah dan di sana saya nampak banyak kafe berkonsep begini tapi dekat Malaysia tak ada. Jadi, bermula di situ idea untuk gabungan kafe berkonsepkan Korea dan Eropah. "Sejujurnya saya dan kekasih memang minat dessert, jadi kita sama-sama buka kafe ini. Dia beri sokongan penuh terhadap perniagaan saya ini. "Insya-Allah kalau kafe ini mendapat sambutan kita akan buka di cawangan lain pula nanti," katanya.