suria

One II bekas anggota 4U2C meninggal dunia, AC Mizal luah rasa sedih - “Tenanglah kau di sana, saya sayang awak kawan”

One II merupakan salah seorang bekas anggota baharu kumpulan 4U2C.

SALAH seorang bekas anggota kumpulan 4U2C iaitu One II atau nama sebenarnya Nirwan Irwan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Selasa.

Pengacara dan juga ahli kumpulan itu, Datuk AC Mizal, 47, berkongsi berita sedih berkenaan menerusi Instagram.

"Salam semua, baru dapat berita bahawa sahabat saya ahli kumpulan 4U2C baru saja meninggal dunia. Sedih teramat aku bro dengan pemergian kau.

"Teringat aku zaman kita dulu 4U2C. Allah lebih menyayangi, semoga kau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

AC sedih dengan pemergian One II.

"Saya mohon pada semua sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Tenanglah kau di sana. Saya sayang awak kawan," katanya.

Bagaimanapun pengacara program Maharaja Lawak Mega itu tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai penyakit yang dihadapi arwah.

One II bersama kumpulan 4U2C.

Pemilik nama Mizal Zaini ini turut memuat naik foto lama ketika dia menziarahi Allahyarham di sebuah hospital.

Allahyarham menyertai kumpulan rap popular era 90-an itu selepas perpecahan anggota asal dan sempat merakamkan album berjudul Kembalilah Fiona.

Teringat aku zaman kita dulu 4u2c. Allah lebih menyayangi kau semoga kau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

DATUK AC MIZAL

Pengacara

Selain AC Mizal, kumpulan 4U2C dianggotai ahli asal iaitu Azam, Lan, Yan, Joe, Rin dan Adik.

Selepas berlakunya perpecahan, empat ahli baharu termasuk One II menyertai kumpulan yang terkenal menerusi lagu Bergema Takbir Di Pagi Raya itu.

Datuk AC Mizal, One II, 4U2C

Artikel Lain