PELAKON Ika Nabella selamat melahirkan bayi lelaki secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Rabu. Pemilik nama Ika Nabila Abdul Rahim, 30, berkata, dia dan cahaya mata pertamanya yang dilahirkan seberat 3.25 kilogram itu kini berada dalam keadaan baik. ARTIKEL BERKAITAN: Ika Nabella tayang 'baby bump', pasang niat nak puasa penuh "Alhamdulillah syukur Ya Allah. My little warrior. My biological son. "23rd October 2019, Gleneagles Kuala Lumpur seberat 3.25 kg, gentle normal delivery," tulisnya di Instagram. Foto bayi lelaki yang dimuat naik di laman Instagram telah menerima lebih 25,000 tanda suka dan 600 komen pengikut laman sosial aktres berkenaan. Ika melahirkan bayi lelaki pada malam Rabu. Rata-rata peminatnya memberi ucapan tahniah termasuk rakan selebriti. "Well hello there baby boy... Alhamdulilah @ikanabella you did it !," tulis selebriti Elfira Loy. "Tahniah ika, selamat berpantang," komen penyanyi Tasha Manshahar. Pada Mei lalu, Ika mengumumkan kehamilannya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Ika dan suami, Muhammad Zaid mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.