suria

Sweet Qismina tampil dengan imej rambut perang - “Ini bukan diri saya”

Tujuan Sweet mengubah warna rambutnya hanya untuk lakonan. Foto Instagram: @sweetwqismina.

DEMI menjayakan watak dalam sebuah drama, pelakon Sweet Qismina sanggup melakukan perubahan dengan mewarnakan rambutnya kepada warna perang.

Menurut pemilik nama Farhanna Qismina, 22, pada mulanya dia berasa bimbang dengan tanggapan netizen terhadap imej itu, namun percaya peminat memahami niat sebenarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bibir tak tebal terpaksalah muncungkan sikit masa ambil gambar” - Sweet Qismina nafi buat suntikan untuk cantik

"Saya akan menjalani penggambaran untuk sebuah drama terbaru tidak lama lagi dan watak itu memerlukan saya mewarnakan rambut seperti ini.

Sweet bimbang dengan tanggapan netizen terhadap warna rambutnya.

"Pada mulanya, memang saya takut juga sebab kita tahu ada segelintir netizen yang akan kecam warna rambut saya yang terlalu terang.

"Perkara ini saya sedar tapi Alhamdulillah pengikut di Instagram faham niat saya warna rambut hanya untuk lakonan, bukan saja-saja," katanya kepada mStar.

Sweet ditemui ketika Malam Gala Filem Pusaka di MBO, The Starling Mall, Putrajaya pada baru-baru ini.

Buat pertama kali, pelakon drama Adam Chempaka ini tampil dengan imej berani baharu dengan warna rambut keperangan.

Saya ambil cabaran ini sebab nak orang nampak kelainan.

SWEET QISMINA

Pelakon

Dalam pada itu, Sweet memberitahu biarpun tidak menyukainya, namun dia menyahut cabaran itu kerana mahu tampil dengan sisi berbeza.

"Sejujurnya saya sedikit tidak selesa sebab ini bukan diri saya dan kalau yang follow IG saya, mereka tahu rambut saya hanya hitam atau coklat saja.

"Tapi saya ambil cabaran ini sebab nak orang nampak kelainan. Sudah tiba masanya untuk orang nampak saya lebih dewasa dan matang.

"Walaupun saya tak selesa tapi saya tetap sahut cabaran ini," ujarnya.

Sweet Qismina

Artikel Lain