suria

Nyanyian sumbang di program TV Indonesia buat As’ad Motawh lali kecaman - “Sedih tapi tak sampai depresi”

Kecaman yang diterima As'ad sebelum ini membuatkan dia lebih kuat untuk berhadapan dengan kritikan.

BIARPUN pada awal kemunculannya menerima kecaman hebat, penyanyi As’ad Motawh mengakui dia tidak pernah berdepan sebarang tekanan atau kemurungan.

As’ad, 18, berkata, dia pernah dikecam hebat kerana nyanyian sumbang di sebuah program TV Indonesia dua tahun lalu namun insiden itu menjadikan dirinya lebih kuat berhadapan dengan kritikan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terpulang nak terima atau tak!” - As'ad akui tegur instafamous Vietnam, foto ghairah punca diganggu lelaki miang

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat wanita menerpa peluk As'ad Motawh

“Saya pernah kena kecam teruk sebabkan suara tak sampai dan ketika itu umur baru saja 16 tahun, budak lagi memang la rasa sedih tapi tidak la sampai rasa tertekan atau depresi.

“Bagi saya, insiden itu juga yang menjadikan diri saya lebih kuat untuk berhadapan dengan sebarang kecaman selepas itu. Saya jadi tak ada perasaan apabila dikecam.

As'ad sebelum ini pernah menerima pelbagai kecaman kerana nyanyian sumbang.

“Saya ambil kecaman dan kritikan negatif secara positif, mungkin disebabkan itu saya dah tak rasa apa-apa bila dikecam,” kata As’ad kepada mStar.

Penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Senyum itu ditemui ketika sidang media Shopee MAKNA Big Sale 11.11 di W Hotel, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Sebelum ini, As’ad pertama kali menerima kritikan apabila video dia menyanyikan lagu Asal Kau Bahagia nyanyian asal Armada Band di sebuah program terbitan televisyen di Indonesia pada 2017 menjadi tular.

Selepas daripada itu, dia juga pernah mencetuskan kontroversi apabila seorang peminat wanita memeluknya ketika sedang membuat persembahan di konsert jelajahnya pada Mac lalu.

Dalam pada itu, As’ad meluahkan rasa syukur apabila buat kali pertama single terbaharunya berjudul Selamanya itu tidak menerima kecaman daripada netizen.

Sebenarnya saya dah tak kisah fasal kecaman ini, mereka tak ada niat pun nak lakukan benda itu tapi lebih kepada nak perhatian.

AS'AD MOTAWH

Penyanyi

Bagi As’ad, dia menyedari ada segelintir netizen tidak berniat untuk melemparkan kata-kata negatif namun mereka hanya lebih mahukan perhatian daripada seseorang artis.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila lagu terbaharu saya iaitu Selamanya tak ada orang kecam buat pertama kali. Ramai orang memberi respon yang positif mengenai lagu tersebut.

“Sebenarnya saya dah tak kisah fasal kecaman ini sebab bagi saya, mereka tak ada niat pun nak lakukan benda itu tapi lebih kepada nak perhatian.

“Saya rajin juga membalas komen dan ada yang saya sendiri mesej peribadi di Instagram secara baik bertanyakan ketidakpuasan hati mereka terhadap saya tapi jawapan mereka sangat positif,” ujarnya.

As'ad Motawh, depresi

Artikel Lain