suria

Kongsi foto di gim, Afieq Shazwan tiada niat menunjuk-nunjuk - “Bila buka baju baru orang nampak!”

Afieq aktif mengunjungi pusat gimnasium sejak berusia 18 tahun.

PENYANYI Afieq Shazwan menjelaskan tindakannya berkongsi foto di pusat gimnasium bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi bertujuan mendapatkan bentuk tubuh idaman.

Menurut Afieq, 22, dia aktif mengunjungi pusat kecergasan itu sejak berusia 18 tahun dan mengakui rutin yang dilakukan itu membantu mengekalkan stamina tubuhnya.

"Sebenarnya saya dah mula pergi gim dah lama, saya memang nak badan fit... selain pergi gim, saya juga aktif bersukan, main bola sepak, dan berbasikal, jadi ia sedikit sebanyak membantu dapatkan bentuk badan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahniah... moga kekal ke jenjang pelamin, akhir hayat” - Afieq Shazwan ‘cuak’ netizen sangka sudah bertunang dengan Wani Kayrie

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Afieq Shazwan remuk, terbabit kemalangan ketika pulang dari Pulau Pinang

"Cuma orang luar tak tahu dan tak nampak, apabila buka baju baru orang nampak, padahal saya dah aktif di gim sejak dulu lagi.

Afieq aktif dengan aktiviti sukan.

"Tujuan saya bersenam di gim ini adalah untuk dapatkan bentuk badan fit, dulu badan saya agak besar jadi nak kena cut bentuk dan perlu aktif sukan, nanti berat senang naik!," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Afieq berkata perkongsiannya itu juga bertujuan untuk menggalakkan pengikut terutamanya remaja mengamalkan hidup sihat dengan bersenam.

Malah, dia turut mengajak beberapa rakan artis untuk menyertai senaman di gimnasium bagi mengekalkan stamina semasa membuat persembahan.

Berkongsi foto tubuh bukan untuk menunjuk-nunjuk.

"Saya nak tunjuk dari sisi positif supaya peminat tahu mengenai penjagaan kesihatan tubuh. Kalau mereka tak suka tak perlu ikut.

"Dari dahulu saya memang berkawan dengan mereka yang aktif di gim dan saya dapat rasakan banyak manfaat mengikuti senaman begini antaranya tubuh lebih ringan, pernafasan lebih baik.

"Saya ada juga ajak kawan-kawan artis menyertai senaman di gim... Ismail Izzani pun mula ke gim sebab nampak apa yang saya buat ini menjadi," katanya.

Afieq Shazwan

Artikel Lain