suria

Kenapa Aishah Azman menumpang rumah Syafie Naswip? Ini cerita ‘dalam kain’ sebelum putus tunang

Syafie bersyukur apabila keputusan kes dakwaan Aishah terhadapnya sudah selesai.

PELAKON Syafie Naswip berkata bekas tunang, Aishah Azman dan dua lagi ahli keluarga aktres itu pernah menumpang di rumahnya selama hampir sebulan atas sebab-sebab tertentu.

Perkara itu diakui Syafie, 27, selepas dakwaan kes ugut dan mendatangkan kecederaan terhadap Aishah berakhir apabila pihak pendakwa raya membuat keputusan Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip ditahan polis selepas putus tunang

Bagaimanapun pendedahan itu dikongsikan pengurusnya iaitu Badrul Hashim menerusi beberapa posting di Instagram.

Syafie ketika dihubungi mStar mengesahkan mengenai setiap butiran yang didedahkan Badrul.

Antara pendedahan yang dibuat pengurus Syafie, Badrul Hashim.

"Ya, apa yang dikongsikan abang Bad (Badrul) itu semuanya betul. Saya benarkan dia dedahkan semua sebab dia tahu cerita daripada A to Z.

"Bagi saya, lebih baik orang yang lebih arif dalam penulisan yang menceritakan semuanya. Sebab kalau saya, takut nanti penulisan itu menjadi lebih beremosi.

"Lagipun saya pun masih belum bersedia untuk berkongsi semua itu kepada umum. Jadi biarlah abang Bad sahaja yang bercerita," katanya kepada mStar.

Syafie diminta mengulas mengenai status Badrul di Instagram yang membuat beberapa pendedahan berkaitan kejadian dan kronologi yang berlaku terhadapnya.

Badrul turut mendedahkan Aishah cuba menghalau Sapawi (adik angkat Syafie) dari rumah Syafie.

Selain Aishah dan keluarga dikatakan menumpang, Badrul juga mendakwa pelakon wanita berkenaan cemburu dengan keakraban Syafie dengan adik angkatnya, Sapawi Johnson.

"Nanti aku ceritakan bagaimana tiga beranak tu tumpang rumah Ayie (Syafie) hampir sebulan sebab nak larikan diri.

"Tapi sebelum tu, untuk tahu punca fitnah hubungan sejenis ni, kita throwback sikit. Prosesnya melibatkan ‘penyingkiran’ salah seorang ahli keluarga di atas. Teka siapa? Sapawi! Betul! Proses bermula secara halus saja sebelum bertukar jadi agresif.


Kalau saya yang buat (pendedahan), takut nanti penulisan itu menjadi lebih beremosi.

SYAFIE NASWIP

PELAKON

"Makin hari asyik nama Sapawi saja naik dalam perbualan. Aku susah payah ajar dan didik Sapawi jadi pengurus yang baik untuk Ayie, tiba-tiba kau pula yang sibuk nak buang Sapawi dan halau dia dari rumah yang guna duit dia juga," tulisnya.

Sementara itu, pelakon drama 4 Penjuru itu meluahkan rasa bersyukur kerana kes dakwaan jenayah melibatkannya sudah selesai.

"Alhamdulillah, fokus utama saya kini adalah bersyukur sebab semuanya sudah selesai. Apa-apa yang berlaku selepas ini, saya hanya go with the flow saja," ujarnya.


Dalam kejadian pada 26 Jun lalu, Aishah, 23, dalam laporannya mendakwa Syafie datang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang kira-kira pukul 9 pagi dan berlaku pertengkaran dalam kereta aktor itu.

Syafie turut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap bekas tunangnya itu. Akibat insiden berkenaan, ikatan pertunangan mereka akhirnya terputus pada 21 Julai lalu.

Pasangan itu melangsungkan majlis pertunangan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.

Syafie Naswip, Aishah Azman

Artikel Lain