suria

“Sekuat mana pun kita, pasti luluh hati dengan cacian” - Pesan Erra Fazira elak mental ‘koyak’

Erra sentiasa mengelak untuk membaca komen negatif di media sosial.

MENJALANI kehidupan sebagai seorang selebriti memang tidak dapat lari daripada menerima kecaman atau kritikan netizen di laman sosial.

Nasihat pelakon dan penyanyi Erra Fazira, 45, elakkan diri daripada membaca komen sekiranya seseorang selebriti itu sudah tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan strategi untuk gimik murahan” - Erra Fazira terkejut Shahir terima ‘lamarannya’

ARTIKEL BERKAITAN: “Berduka atau tidak itu adalah cerita saya” - Erra menyesal, anggap persengketaan dengan Umie titik hitam dalam hidup

"Sebenarnya, jangan baca komen kalau hati kita tak kuat sebab sekuat mana pun kita, pasti luluh hati dengan cacian, makian dan penghinaan orang.

Erra lebih meluahkan perasaan kepada Allah.

"Apatah lagi kalau orang yang kecam itu tak kenal dan tak faham situasi sebenar yang kita lalui. Jadi, ambil langkah jangan la baca," kata Erra kepada mStar.

Erra pernah dikecam selepas terpalit dengan kontroversi persengketaan antara dia dan pelakon Datin Seri Umie Aida pada Jun lalu.

Bagaimanapun, Erra sudah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan buat kali ketiga terhadap pelakon filem Dukun itu dan kemelut mereka sudah pun selesai.

Dalam pada itu, pemilik nama Fazira Wan Chek ini memberitahu dia sentiasa meluahkan perasaan kepada Allah berbanding berkongsi kesedihan dengan orang lain.

Erra Fazira semakin matang berhadapan kritikan netizen.

Menurut penyanyi lagu Menangkah Cinta ini, dia tidak kisah mengenai pandangan pihak luar asalkan orang sekeliling mengetahui perkara sebenar.

"Yang penting, orang sekeliling kita tahu perkara sebenar dan orang luar yang nak fikir macam-macam itu, tak kisah la. Bagi saya, bunyi macam klise tapi cakap la dengan Allah.

"Itu terapi cara saya kerana ia boleh melegakan tekanan berbanding berkongsi dengan orang lain. Kalau luah pada Allah, sudah tentu akan diberi petunjuk yang baik-baik," ujarnya.

Erra Fazira

Artikel Lain