RAKAMAN video pendek daripada drama Lelakimu Yang Dulu lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose menjadi tular di laman sosial apabila salah satu babak dikatakan 'lari konti'. Ini berikutan Sharnaaz yang ketika itu berada di dalam kereta dilihat memakai cermin mata hitam, namun daripada sudut kamera yang lain, aksesori itu tiada. Menerusi rakaman berkenaan, kecacatan itu dapat dilihat berlaku berulang kali pada babak yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: “Nak jimat kos pun agak-agaklah” - Netizen kantoikan drama 'Bukan Cinta Aku', babak di Indonesia tapi berlakon di Terengganu Kesilapan tersebut mengundang pelbagai komen netizen sehinggakan mereka mempertikaikan kualiti drama tempatan kerana berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku. "Teruk sangat lari konti. Benda jelas sangat tu. Ni masa edit ni mesti dah tak ada pilihan lain ni, itu je shot yang ada. Pemilik akaun twitter @Helmi_06 memuat naik rakaman pendek babak tersebut. "Ni salah konti. Patut orang yang jaga konti kena sedar benda macam ni. Mesti (penyunting video) kena hamun lepas dah siap edit. "Inilah punca aku tak minat drama Melayu. Tak realistik langsung!," tulis pengguna Twitter. Lari konti bermaksud kesinambungan babak yang dilakonkan tidak sama daripada sudut pakaian, pergerakan, cahaya, latar tempat dan sebagainya. Klip rakaman berdurasi 42 saat itu telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter pada Ahad. Antara komen yang ditinggalkan pengguna di laman Twitter. Video tersebut menerima lebih 5,000 tanda suka dan hampir 10,000 retweet. "Aku duk perhati je spek (cermin mata) dia!," tulis pemilik akaun tersebut. Dalam pada itu ada juga pengguna Twitter berasakan babak 'lari konti' itu dicipta sebagai gimik untuk melariskan drama tersebut. "Ini bukan salah konti, ni cara marketing baru. Tak adalah baru sangat, lama juga (teknik) ni. Pelakon drama Lelakimu Yang Dulu. "Mungkin sengaja buat sebab nak viral dan apabila dah viral baru orang lagi ramai tengok," komen netizen. Drama Lelakimu Yang Dulu arahan Eoon Shuhaini itu bersiaran menerusi slot Akasia (TV3) setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam. Selain Sharnaaz dan Nelydia, drama ini turut dibintangi oleh Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi dan Dato Jalaluddin Hassan. Aku duk perati je spec dia ??? pic.twitter.com/8knPj5Aybf — Reyes (@Helmi_06) October 27, 2019