suria

“Jurujual offer jadi duta tapi...” - Hasrat Baby Shima beli kereta terbantut gara-gara diajak jumpa 'datuk'

Baby Shima enggan berurusan lagi dengan jurujual di sebuah showroom.

HASRAT penyanyi Baby Shima ingin membeli kereta mewah idamannya jenis Audi R8 terbantut gara-gara sikap tidak profesional seorang jurujual di sebuah showroom (bilik pameran kereta).

Menurut Shima, 25, dia terkejut apabila jurujual tersebut mengajak dia berbincang secara peribadi bersama pemilik showroom itu yang bergelar datuk tanpa ditemani pengurusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima ambil tindakan terhadap remaja beri komen lucah - “Jangan pula bagi alasan bodoh selepas ini”

"Kelmarin (Rabu) saya datang ke sebuah showroom untuk urusan pembelian kereta dan pada awal perbincangan bersama pengurus saya, jurujual itu menawarkan saya untuk jadi duta syarikat itu.

Shima berang dengan sikap jurujual kereta yang tidak profesional.

"Tapi bila pengurus saya pergi bilik air sekejap, tiba-tiba jurujual itu ajak saya berbincang secara privasi bersama dia dan pemilik showroom itu tanpa ada pengurus saya.

"Saya agak terkejut dan pelik dengan tindakannya itu, malah dia siap cakap anak datuk itu masih bujang. Apa motif dia? Memang saya tak nak dah berurusan dengan dia," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, bekas peserta Big Stage musim pertama ini memuat naik status meluahkan rasa berang terhadap jurujual kereta di Instagramnya pada Khamis.

Menerusi kapsyen tersebut, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu menegaskan dia bukan seorang perempuan murahan yang hanya mengambil jalan mudah untuk dapatkan sesuatu.

Shima mahu membeli kereta idamanya jenis Audi R8.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan Shima memuat naik status tersebut.

Netizen beranggapan Shima seakan sengaja ingin mencipta kontroversi dan ada juga segelintir mereka mengaitkan penampilan seksi penyanyi itu.

Dalam pada itu, Shima menjelaskan tujuan dia berkongsi perkara itu bukan untuk menarik perhatian namun hanya ingin memberi pengajaran.

"Tujuan saya kongsi perkara itu bukan nak bergaduh tapi nak beri pengajaran kepada semua orang supaya lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan situasi sama seperti saya.

"Yang netizen komen kaitkan penampilan seksi saya itu, rasa-rasanya tak ada kena mengena pun dengan apa yang terjadi," ujarnya.

Baby Shima

Artikel Lain