suria

Ada pihak tidak senang kejayaan bisnes Fouziah Gous, beberapa kali cubaan serbu kilang sarang burung

Fouziah mendedahkan ada individu yang tidak senang dengan kejayaan perniagaannya.

PELAKON Datin Fouziah Gous mendedahkan ada pihak yang tidak berpuas hati melihat kejayaan perniagaan produk minuman sarang burung yang diusahakannya sejak lima tahun lalu.

Fouziah berkata, ia berikutan terdapat beberapa cubaan untuk menyerbu kilang miliknya dengan mengaitkan beberapa hal berkenaan status produk minuman kesihatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kak pinggan pecah oiii... kantoi!” - Netizen berpusu-pusu sakat Fouziah Gous kes 'cover' malu pinggan pecah

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau saya baik tak pakai macam ni" - Fouziah Gous akui sedang berusaha jadi insan lebih baik

"Orang yang sakit hati dengan perniagaan saya ni dia tak cakap depan kita. Tahu-tahu nanti ada yang datang ketuk pintu kilang, kena rush.

"Walaupun terdapat beberapa cubaan membuat aduan terhadap produk saya sebelum ini, setakat ini semua produk FGWalet tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mana-mana pihak atau status halal kerana FGWalet mempunyai segala kelulusan yang diperlukan.

"Malah kami juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan semua pihak serta memberikan kerjasama sebaiknya,” katanya kepada mStar.

Kilang memproses sarang burung milik Fouziah cuba diserbu beberapa kali oleh pihak tertentu.

Fouziah bagaimanapun enggan melatah dan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada pengalamannya dalam perniagaan.

Menurut aktres drama Sara Sajeeda itu, dia bagaimanapun lega apabila dapat memberikan kerjasama yang baik dengan mengemukakan setiap dokumen yang diminta pihak berkuasa.

"Tak mengapa, saya faham mereka hanya menjalankan tugas. Alhamdulillah, saya dapat kemukakan semua dokumen yang mereka minta.

"Cuma saya rasa kelakar kerana antara laporan yang dibuat adalah mengenai status halal produk itu," katanya.

Sejujurnya saya bukan mahukan title jutawan itu sebaliknya doa agar ia terus kekal.

DATIN FOUZIAH GOUS

Pelakon

Dalam pada itu, Fouziah mengakui dia tidak pernah mengimpikan untuk bergelar jutawan, sebaliknya berharap kejayaan yang dikecapinya terus berkekalan.

"Untuk menjadi jutawan itu adalah impian semua orang. Saya boleh katakan, apa yang diimpikan selama ini sebenarnya Allah dah berikan lebih daripada itu. 

"Sejujurnya saya bukan mahukan title jutawan itu sebaliknya doa agar ia terus kekal," ujarnya.

Fouziah Gous, sarang burung

Artikel Lain