suria

“Tunang orang didukung-dukung, anak dara orang boleh cium-cium dahi” - Abby Abadi tegur percampuran bebas punca rezeki tak berkat

Abby ingatkan supaya sentiasa menjaga batasan antara lelaki dan perempuan.

PELAKON Abby Abadi menegur tindakan segelintir golongan muda yang semakin terbuka apabila bersentuhan dengan bukan mahram dan menganggap ia sebagai perkara biasa dalam kehidupan harian.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 41, berkata, isu tersebut hanya mengundang kepada pintu kemungkaran dan punca rezeki yang tidak berkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berdebar, kandungan Abby Abadi ada masalah sedikit... “Tapi Alhamdulillah semua okey

"Suami kita jangan bagi perempuan lain pegang. Kalau pegang pun jangan, bertepuk tampar pun perlu dielakkan, peluk apatah lagi ya. 

"Bila mula membiarkan suami kita atau isteri kita, waima anak-anak sekalipun disentuh, dipeluk oleh sesiapa sahaja yang bukan mahram mereka, dengan macam-macam alasan untuk menghalalkan cara. 

"'Tak apa... dah macam abang, tak apa macam adik sendiri... tak apa macam keluarga. Itulah permulaan yang membuka kepada pintu-pintu kemungkaran," tulisnya di Instagram pada Jumaat.

Status teguran Abby buat golongan muda yang mengamalkan pergaulan bebas.

Abby Abadi memuat naik sebuah posting mengingatkan pengikutnya di media sosial supaya menitikberatkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Dalam pada itu, Abby mengakui pernah melalui kehidupan seperti itu ketika aktif di industri hiburan. 

Bagaimanapun, pelakon drama Gerak Khas ini mengakui sedar dengan kesilapan tersebut dan mula berubah ke arah menjaga pergaulan.

Dia juga bertanggungjawab untuk mengingatkan umat Islam lain agar tidak melalui perkara sama yang akhirnya membawa kepada pengakhiran tidak baik.

Suami kita jangan bagi perempuan lain pegang. Kalau pegang pun jangan, bertepuk tampar pun perlu di elakkan, peluk apatah lagi ya.

ABBY ABADI

Pelakon

"Saya lalu jalan tu dulu. Saya kerja dalam bidang yang membuatkan saya tak jaga atau peduli pasal ikhtilat. Terlupa halal haram segala sebab syaitan meriah di situ, sana, sini. 

"Suami orang buat macam suami sendiri. Isteri orang selamba lelaki lain pegang laga-laga pipi. Tunang orang pun boleh didukung-dukung, anak dara orang boleh cium-cium dahi, pegang-pegang tangan, silang-silang kaki lagi... aduh!,

"Maksiat besar-besaran dan terang-terangan sangat itu mendatangkan kemurkaan Allah tapi sebab dah biasa tengok, nampak macam perkara biasa, macam tiada apa-apakan?" ujarnya.

Artikel Lain