suria

“Eh kenapa tak bagi dia lalu red carpet?” - Petugas ASK2019 tak perasan Along Cham, minta ke laluan lain, mujur Mawi panggil

Along mendedahkan dia dihalang dari melalui laluan karpet merah ASK2019 Jumaat lalu.

PELAWAK Along Cham mendedahkan dia berhadapan satu insiden ketika ingin berjalan di karpet merah Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 35, salah seorang daripada petugas di situ menghalangnya dari melalui laluan karpet merah dan mengarahkannya untuk menuju ke laluan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Along (Cham) tidak lagi dendam bekas isteri, hantar anak ke madrasah

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Drama 'Di Sisi' terbitan RTM menang besar ASK2019

"Cerita karpet merah ASK2019... Masa abang nak masuk menuju ke laluan karpet merah ASK2019 ini, krew ASK2019 tahan dan kemudian dia periksa kad jemputan abang.

Antara posting yang dimuat naik Along di laman Instagram.

"Selepas itu, dia arahkan abang untuk menuju ke laluan lain... Selepas itu Mawi jerit, 'eh itu Along Cham kot'. Kenapa tak bagi dia lalu karpet merah?" tulisnya.

Along meluahkan rasa kesal itu melalui laman Instagram miliknya pada Ahad.

Malah, katanya, petugas terbabit secara spontan memberitahu tidak menyedari akan pelakon itu meskipun telah memeriksa kad jemputan.

Along tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem Tiada Tajuk.

"Dengan spontannya krew ASK2019 jawab 'oh tak perasan pula'.

Cerita karpet merah ASK2019... Masa abang nak masuk menuju ke laluan karpet merah ASK2019 ini, krew ASK2019 tahan dan kemudian dia periksa kad jemputan abang.

ALONG CHAM

Pelawak

"Sedangkan dekat kad itu dah ada tulis butirannya.

"Aduh, apapun tahniah buat seluruh team filem Tiada Tajuk dan tuan pengarahnya @cahayaasmawi sebab tercalon untuk ASK 2019 buat kali yang pertama," katanya.

Terdahulu, Anugerah Skrin 2019 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur menyaksikan drama Di Sisi terbitan Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia diangkat sebagai Drama Terbaik pada Jumaat.

Kemenangan itu berjaya menumpaskan empat calon lain iaitu Lalang, Sirna, Telingkah dan Titi Kayu.

Along Cham, ASK2019

Artikel Lain