suria

“Terima kasih tegur...” - Nabila Razali mengaku buat kesilapan bacaan Al-Quran dalam drama 'Pesan Pada Hati'

Nabila menerima secara terbuka teguran yang dibuat terhadapnya.

PELAKON dan penyanyi Nabila Razali mengakui kesilapannya ketika membaca salah satu ayat Al-Quran pada episod pertama drama popular Pesan Pada Hati yang bersiaran pada minggu lalu.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata, sebagai seorang pelakon, dia tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelik! asal Nabila Razali semua salah” - Penonton banding nyanyian Han-Byul dengan penyanyi asal 'Vroom Vroom'

ARTIKEL BERKAITAN: “Suara bodoh tu macam mana?” - Nabila Razali sedia dikecam bukan dengan perkataan kesat

"Ya, saya mengaku terdapat kesilapan pada bacaan dalam drama Pesan Pada Hati.

“Sepatutnya kalau ada babak mengaji ni memang kita kena rujuk pada orang yang lebih arif.

Nabila Razali dan Syukri Yahya merupakan pelakon utama drama Pesan Pada Hati.

“Insyallah, selepas ini saya akan perbaiki dan paling penting sebaiknya ada double check dahulu setiap kali ada babak memerlukan saya membaca Al-Quran," ujarnya kepada mStar.

Kata Nabila, tiada siapa yang menyedari kesilapan pada bacaannya itu sehinggalah ada seorang netizen yang menegurnya menerusi DM (pesanan peribadi) di Instagram.

Enggan melatah, Nabila berterima kasih dan menerima secara terbuka teguran yang dibuat individu prihatin tersebut.

“Syukur Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat dan saya terima dengan baik teguran itu.

Apapun saya akui ianya silap saya sendiri. Lepas ni saya akan pastikan yang saya baca dengan betul.

NABILA RAZALI

Pelakon

“Alhamdulillah, orang beri respons yang baik terhadap drama itu cuma sebagai manusia, biasalah saya membuat kesilapan dan saya tak perasan mengenai hal itu sehinggalah ada orang yang sangat prihatin untuk membetulkan kesilapan itu.

"Mungkin yang lain pun terlepas pandang sebab masing-masing ada kerja mereka dan tiada siapa yang fokus kesilapan pada babak mengaji itu. Apapun saya akui ianya silap saya sendiri. Lepas ni saya akan pastikan yang saya baca dengan betul," katanya.

Terdahulu, Nabila menerusi Insta Story miliknya memuat naik paparan skrin mesej peribadi yang dihantar seorang individu yang menegur mengenai kesilapan bacaannya dalam drama Pesan Pada Hati.

Seorang individu membuat teguran terhadap bacaan Al-Quran menerusi laman Instagram miliknya.

"Salam... maaf mengganggu. Nak tegur sikit saja. Ada kesalahan sikit dekat hujung ayat tu. Kalimah sebenarnya Uqbaddar. Nabila baca Qubyaddar. Mohon selepas ini Nabila berhati-hati.

"Saya tegur ni bukan kata saya baik tapi saya belajar bidang ini," tulisnya.

Drama bersiri Pesan Pada Hati memulakan siarannya pada 25 Oktober lalu menerusi slot Lestari di TV3 dengan menampilkan pelakon utamanya Shukri Yahaya dan Nabila Razali selain barisan pelakon lain seperti Sara Ali, Chacha Maembong, Arja Lee, Firdaus Ghufran, Liza Abdullah, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Drama yang bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat ini merupakan drama arahan terakhir Allahyarham Raja Ahmad Alauddin.

Nabila Razali, Pesan Pada Hati

Artikel Lain