PELAKON senior Faizal Hussein luahkan rasa sedih apabila namanya sering digugurkan daripada projek drama dan filem gara-gara bayaran yang dimintanya disifatkan terlalu tinggi oleh kebanyakan penerbit tempatan. Malah, menurut Faizal, 52, hal seperti ini menyebabkan dia jarang kelihatan sejak kebelakangan ini. ARTIKEL BERKAITAN: Pada usia 51 tahun, Faizal Hussein masih jadi rebutan ARTIKEL BERKAITAN: Mabuk? Faizal Hussein Sedia Dikecam "Selalunya filem-filem hebat memang akan sampai kepada saya dahulu untuk tawaran tetapi bila dengar harga yang saya minta, mereka akan cari pelakon lain. "Baru-baru ini pun nama saya sekali lagi digugurkan daripada membintangi sebuah filem besar. Semuanya sebab harga yang saya minta. "Kalau nak tahu, selepas jumpa producer filem itu, saya dah beli pistol palsu dan berlatih depan cermin... duit pun dah keluar untuk beli persediaan itu. Tapi sedihnya nama digugurkan. Faizal memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK2019. "Saya juga jarang nampak di TV disebabkan hal-hal sebegini... kalau saya minta lebih, confirm saya akan terus hilang dari industri selepas ini," katanya kepada mStar. Faizal ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Jumaat. Selain itu, aktor ini berkata, nilai bayaran yang dimintanya tidaklah terlalu tinggi dan dirasakan setimpal dengan komitmen terhadap sesuatu watak. Malah, Faizal turut mempersoalkan penerbit yang memilih untuk membayar pelakon Syafiq Kyle meskipun aktor itu memiliki nilai bayaran yang sama sepertinya. "Harga yang saya minta tu tidaklah tinggi sangat... modal pakaian saya untuk malam ini sahaja dah RM7,000. Belum masuk kos-kos lain yang saya terpaksa tanggung... bayangkan betapa sedihnya perasaan saya. Kenapa bayaran saya sama dengan Syafiq Kyle sedangkan saya dah berlakon lagi lama daripada dia? FAIZAL HUSSEIN Pelakon "Kadang-kadang mereka ini tak tahu bagaimana cara saya bekerja dengan komitmen dan begitu banyak usaha yang saya akan lakukan untuk membawa satu-satu watak itu. Mereka tak hargai! "Saya bukan muncul dalam drama setiap tahun pun, hanya dalam tempoh dua tahun sekali sahaja. Kenapa bayaran saya sama dengan Syafiq Kyle sedangkan saya dah berlakon lagi lama daripada dia?" soalnya. Dalam perkembangan lain, aktor ini berjaya merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada ASK 2019 menerusi drama Samad Tedung. Kata Faizal, kemenangan itu diharap dapat membuka mata penerbit tempatan dan menilai bakat lakonan dengan nilai bayaran yang setimpal dengan bakat dimilikinya. "Inilah dia anugerah ultimate yang paling saya tunggu-tunggu. Sebelum ini terlalu ramai yang bercakap saya boleh menang tapi akhirnya tak dapat apa-apa. Faizal meluahkan rasa kecewa apabila namanya sering digugurkan daripada membintangi drama dan filem. "Paling penting untuk membuka mata producer-producer yang selalu tolak Faizal Hussein selepas mendengar berapa harga untuk satu-satu telefilem yang saya lakonkan. "Memang kami selalu diraikan dengan malam-malam pengiktirafan begini tapi kalau saya boleh tukar anugerah ini dengan bayaran yang stesen TV boleh bayar lebih sikit kepada producer saya sanggup tukar. "Saya anggap kemenangan malam ini adalah peluang yang Allah beri untuk saya bekerja lebih keras," katanya.