suria

“Nak kena pakai name tag baru kenal dan boleh masuk?” - Kesal kejadian Along Cham, Jasmin Hamid rasa tak dipandang ketika di 'red carpet'

Jasmin Hamid pernah berdepan kejadian yang hampir serupa dengan Along Cham.

PELAKON Jasmin Hamid meluahkan rasa terkilan dengan insiden melibatkan pelawak Along Cham yang dihalang daripada melalui laluan karpet merah pada malam Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) pada Jumaat lalu.

Menurut Jasmin, kejadian seperti itu tidak seharusnya terjadi kepada mana-mana anak seni lebih-lebih lagi artis yang tercalon dalam anugerah berkenaan.

“Keadaan yang tak patut terjadi dalam anugerah berprestij macam ni.

ARTIKEL BERKAITAN: “Eh kenapa tak bagi dia lalu red carpet?” - Petugas ASK2019 tak perasan Along Cham, minta ke laluan lain, mujur Mawi panggil

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kena dekat muka kau, senanglah cakap!” - Jasmin Hamid disuruh bersedekah daripada bayar peguam

“Petugas yang diberikan mandat harus lebih peka dengan hal sebegini terutama bila melibatkan karyawan yang ada kad jemputan. Apatah lagi mereka yang tercalon pada malam itu. Ini akan memburukkan nama penganjur.

“Syukur Along Cham orangnya cool. Tahniah kerana tercalon dalam Top 5 Pelakon Lelaki Terbaik Filem,” katanya.

Jasmin berkongsi pandangannya di laman Instagram.

Jasmin meluahkan rasa kecewa itu menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Selain itu, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu turut mendedahkan dia pernah melalui perkara sama di mana tidak diendahkan ketika melalui karpet merah pada sebuah majlis anugerah.

Namun, dia bersyukur berjaya merangkul dua anugerah Pelakon Komedi Terbaik.

Jasmin berharap anak seni dihargai.

“Kalau saya yang kena mungkin saya akan terus angkat kaki... inikan majlis untuk raikan anak-anak seni. Sedih bila anak seni diperlekehkan begini... takkan nak kena pakai name tag baru nak kenal dan boleh masuk?

“Agaknya muka macam saya ni memang tak ada peluanglah nak lalu dekat red carpet... tak popular kan? Saya sedar diri. Sebab tu malas nak pergi sebab tak pernah nak dipandang di karpet merah.

“Bercakap melalui pengalaman. Tapi syukur Alhamdulillah walaupun tak diendahkan masa karpet merah, dua anugerah pelakon komedi terbaik tetap menjadi milik saya. Dapat juga saya naik pentas. Allah maha adil,” ujarnya.

Pada Ahad lalu, Along Cham mendedahkan dia dihalang oleh salah seorang petugas daripada melalui laluan karpet merah pada majlis Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Jumaat lalu meskipun sudah menunjukkan kad jemputan.

Jasmin Hamid, Along Cham

Artikel Lain