suria

Melampau! Wan Sharmila rimas kerap terima mesej lucah daripada 'Jebon' - “Saya pun malu nak tunjuk kat sini”

Wan Sharmila bengang dengan tindakan seorang individu di laman Instagram yang kerap menghantar mesej lucah.

TINDAKAN seorang pengguna Instagram menghantar mesej berbaur lucah mengundang rasa kurang senang pelakon Wan Sharmila.

Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 38, berkata, dia masih menerima gangguan tersebut meskipun sudah menyekat akaun individu berkenaan.

"Saya rasa nama ini dah banyak kali kacau saya walaupun dah banyak kali saya block dan report Instagram dia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya percaya job lebih luas tapi dugaan akan banyak” - Wan Sharmila berhijab pada ulang tahun ke-38

"Dia asyik cakap benda lucah yang melampau. Saya pun malu nak tunjuk kat sini. Kurang kerja ke apa orang ni? Tolong guys!

Wan Sharmila berkongsi mengenai gangguan individu tersebut di Instagram.

"Boleh tak kalau saya buat laporan polis dan suruh tangkap saja manusia ni?," katanya.

Pelakon drama Kau Yang Pertama ini meluahkan perasaan bengang itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin akaun @jebon6063 yang dipercayai akaun palsu.

Wan Sharmila terfikir untuk membuat laporan polis.

Perkongsiannya menerima pelbagai reaksi daripada pengikut dan ada yang meminta dia melaporkan kepada pihak polis.

"Dia banyak tengok video lucahlah jadi otak kotor macam tu. Report polis je bagi pengajaran dekat orang macam ni.

"Buat saja laporan polis... sekarang cepat saja cari, nanti senang kalau dah ada cover laporan polis.

"Kak buat screenshot kata-kata lucah dia tak? Itu boleh buat sokongan laporan polis, nanti dia orang boleh cari, kesan guna lokasi dan identiti yang diguna. Report sekarang!," komen pengikut.

Wan Sharmila

Artikel Lain