suria

Peminat tak ‘move on’ Mira Filzah dengan hero lama, Ungku Ismail minta hormat kerja artis - “Saya tak marah tapi simpan di IG awak saja”

Ungku kesal pengikut tak terima kenyataan dengan gandingan heroin lain

PELAKON Ungku Ismail Aziz meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir peminat yang masih tidak dapat menerimanya bergandingan dengan pelakon popular Mira Filzah untuk drama terbaharu Adellea Sofea.

Ungku Ismail, 34, berkata, peminat seharusnya move on dan menyokong gandingan baharu untuk setiap drama yang dilakonkan artis kesayangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ungku Ismail kesal tidak dapat penuhi hasrat Erra Fazira

"Saya tak marah nak berangan ke stuck dalam bubble lama ke apa, tapi simpan di IG awak sahaja.

"Banyak juga sini nak saya dengan heroin lama, tak boleh move on juga, tapi saya delete. Hormat heroin saya sekarang. Heroin kerja kami sekarang," ujarnya.

Ungku tegur pengikutnya di media sosial supaya terima gandingan pelakon heroin baru.

Ungku menegur tindakan segelintir peminat yang masih meninggalkan komen negatif gara-gara tidak dapat menerima gandingan mereka berdua. 

Pelakon yang popular menerusi drama Teman Lelaki Upahan ini turut meminta peminat tidak menyukarkan promosi untuk sesebuah drama. 

"Ada tu dah tua tapi macam budak-budak. Tak payah lah nak tag ke apa, menyusahkan kita ni nak promo. Sila berangan dengan sifat menghormati," tulisnya. 

Rata-rata pengikut bersetuju dengan pandangan Ungku di ruangan komen.

Ungku luah rasa kesal menerusi ruangan komen apabila peminat tidak menghormati gandingan lakonannya.

"Saya pun ada juga tak boleh move on tapi tak ada lah sampai nak komen 'ala tak nak lah Mira dengan si polan' dekat post Mira dan Ungku," tulis netizen.

Dalam perkembangan lain, Ungku akan bergandingan dengan pelakon Mira Filzah dalam drama terbaru Adellea Sofia yang akan ditayangkan di slot Akasia (TV3) pada Disember ini.

Ungku Ismail Aziz, Mira Filzah

Artikel Lain