suria

"Bila aku berkorban utk anak-anak, rezeki tak putus mencanak canak" - Syatilla Melvin tak anggap Syeriv sebagai bebanan

Meskipun berasa letih, Syatilla tak anggap 'anak' sebagai bebanan.

PELAKON Syatilla Melvin tidak beranggapan bahawa 'anak' sebagai bebanan walaupun dia letih terpaksa membawa puteranya, Syeriv Samheizy, 2, ke tempat kerja.  

Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 28, menasihati pengikutnya di laman sosial supaya tidak menjadikan anak sebagai penyebab kepada pergaduhan sesebuah rumah tangga. 

ARTIKEL BERKAITAN:  Individu tuduh produk kecantikan Syatilla Melvin mengandungi bahan bahaya - “Hang silap besar fitnah periuk nasi aku”

"Memang penat dan sangat-sangat menguji kesabaran bila terpaksa bawa anak-anak pergi kerja. 

"Tapi jangan jadikan anak ni sebagai beban sebagai punca laki bini bergaduh sebab tak mahu jaga anak !," tulisnya di Instagram. 

Syatilla rasa dimurahkan rezeki apabila berkorban untuk anak-anak.

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam telah memuat naik sebuah posting mengingatkan pengikutnya di media sosial supaya tidak merasakan 'anak' sebagai bebanan dalam kehidupan.

Tambah Syatilla, anak-anak tidak wajar dipersalahkan kerana kehadiran mereka merupakan sumber rezeki dan rahmat dari ilahi.

"Anak-anak ni rahmat dan rezeki dari Allah bukan beban ! Mereka tak salah apa pun kalau korang rasa mereka ni alasan untuk tak boleh nak bekerja ataupun ke sana sini, alasan anak tak ada siapa jaga. Aku sanggup susah payah asal anak-anak aku selamat depan mata aku. 

Dalam pada itu, Syatilla sempat mengakui berasa penat, namun dimurahkan pintu rezeki atas pengorbanannya. 

"Penat memang penat teramat sangat tapi rezeki aku lain macam bila aku berkorban utk anak-anak. Rezeki tak putus mencanak canak! Ingat, anak bukan beban !," tulisnya.

Syatilla Melvin

Artikel Lain