ADIK kepada pelakon Emma Maembong iaitu Ahmad Maembong mengakui dia sudah beberapa kali putus cinta dan perpisahan tersebut berpunca daripada dirinya yang tidak romantik. Bagaimanapun, menurut Ahmad, 26, dia kini lebih selesa menjalani kehidupan solo kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seninya tanpa perlu memikirkan soal kekasih. ARTIKEL BERKAITAN: Foto Emma Maembong makan pizza, netizen kata bukan di Sungai Buloh tapi di kelab malam - “Saya pergi sebab pizza sana sedap!” "Sebenarnya saya baru sahaja putus cinta pada bulan lalu dan sebelum ini juga saya sudah beberapa kali gagal dalam percintaan yang boleh katakan semuanya berpunca pada diri saya sendiri. Ahmad mahu fokus kerjaya terlebih dahulu. "Saya seorang yang tak reti nak bercinta atau bermadah-madah, jadi mungkin itu puncanya hubungan cinta saya tidak berjaya. Lagipun, kalau sekarang fikir soal kekasih, habis duit pada mereka sahaja. "Jadi, buat masa ini saya masih solo lebih baik fikir fasal nak kerja dahulu dan kalau ada rezeki pada umur 30, InsyaAllah saya kahwin saja terus," kata Ahmad kepada mStar. Ahmad ditemui ketika majlis pelancaran dan sesi meramah mesra barisan pelakon filem Garang di Alvina Empire (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya pada Khamis. Dalam pada itu, biarpun fizikalnya tidak sempurna seperti pelakon lain namun Ahmad tetap mahu membuktikan dia mampu untuk melakukan babak aksi sendiri (stunt) menerusi filem arahan Kan Varren. Saya mahu memberi inspirasi dan semangat kepada golongan senasib saya untuk membuat sesuatu yang di luar akal dan kemampuan. AHMAD MAEMBONG Pelakon Malah Ahmad yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) sanggup menurunkan berat badan dalam masa tiga minggu untuk memuatkan dirinya duduk di kerusi roda atlet paralimpik. "Walaupun sudah disediakan pelakon pelagak ngeri untuk babak aksi tapi saya tetap minta untuk lakukan sendiri babak tersebut. Saya nak cabar diri, kalau orang biasa boleh buat, saya yakin juga boleh. "Saya mahu memberi inspirasi dan semangat kepada golongan senasib saya untuk membuat sesuatu yang di luar akal dan kemampuan. Biarlah orang nak cakap apa, tapi akhirnya kita mampu buat. Barisan pelakon dan pengarah filem Garang. "Malah untuk filem ini saya terpaksa diet untuk membolehkan duduk di kerusi roda yang disediakan. Kalau ikutkan saiz dan berat badan saya ketika itu memang tidak muat," ujarnya. Selain Ahmad, filem tersebut turut dibintangi oleh Pablo Amirul, Wan Hanafi Su, Chacha Maembong, Jalil Hamid dan ramai lagi. Filem yang bakal ditayangkan pada 5 Disember depan itu bersempena dengan sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut pada 3 Disember setiap tahun.