suria

Kecoh foto mandi laut Intan Najuwa dan Zul Ariffin, gimik naikkan rating drama Setelah Ku Dimiliki?

Foto Zul dan Intan mandi-manda di pantai mengundang kecaman netizen.

NAMA Intan Najuwa sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila beberapa keping foto mesra aksi mandi laut aktres tersebut dengan pasangan gandingannya, Zul Ariffin tersebar pada Khamis.

Foto panas yang memperlihatkan Zul sedang memeluk dan mengangkat Intan ketika sedang bermandi-manda di pantai mengundang kecaman netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak mudah dipegang-pegang” - Intan Najuwa tahu jaga batas, minta netizen henti lagakan hubungan dengan tunang

ARTIKEL BERKAITAN: “Hubungan kami okey, saya dalam proses bimbing dia” - Tunang beri penjelasan, status kecewa bukan untuk Intan Najuwa

Terdapat segelintir netizen beranggapan kemungkinan foto-foto tersebut merupakan salah satu babak dalam drama lakonan mereka, Setelah Ku Dimiliki yang kini bersiaran di slot Akasia TV3.

Salah satu foto 'panas' Intan dan Zul.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan dan kenyataan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, mengenai foto tersebut masih tidak berjaya.

Intan Najuwa sebelum ini dikecam apabila bergambar mesra berpelukan dengan hero dalam drama lakonannya iaitu Idris Khan dan Zul Ariffin.

Aksi didukung dan mudah dipegang oleh pelakon lelaki menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menganggap tidak sesuai bagi wanita yang sudah bertunang.

Menerusi laporan mStar pada 15 Oktober lalu, Intan memberitahu dia tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi selepas foto mesra bersama pelakon Zul Ariffin menerima kecaman netizen.

Tunang Intan dalam proses membimbing aktres itu.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu berkata, dia masih tahu menjaga batasan dan mempunyai limit tertentu dengan pelakon-pelakon lelaki gandingannya.

Dalam pada itu, tunang kepada Intan iaitu Razrul Anwar Rusli menerusi laporan mStar pada 18 Oktober lalu, dia mengakui sedang dalam proses untuk membimbing pelakon itu demi kebaikan masa depan mereka selepas bergelar suami isteri.

Bagaimanapun, tanggungjawab itu dilakukan tanpa sebarang paksaan kerana memahami kerjaya wanita itu.

Intan dan Razrul bertunang dalam sebuah majlis di Johor Bahru pada 18 Ogos bersempena hari jadi pelakon itu yang ke-22.

Intan Najuwa, Zul Ariffin

Artikel Lain