suria

Ayie (Floor 88) genggam ijazah, luah hasrat sambung peringkat sarjana

Ayie bersyukur dapat tamatkan pengajian pada masa yang ditetapkan.

BIARPUN sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi, vokalis kumpulan Floor 88, Ayie bersyukur dapat menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teater Dengan Kepujian (Lakonan) di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur.

Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, 22, mengakui bukan mudah untuk mengimbangi pelajaran dan kerjaya pada masa yang sama.

"Ada saja liku-liku yang saya harungi sepanjang bergelar mahasiswa, tapi Alhamdulillah, kawan-kawan dan keluarga sentiasa ada untuk saya. 

Ayie berhasrat lanjut pelajaran ke peringkat sarjana. 

"Sejujurnya, saya memang tak sangka akan tamatkan pelajaran pada masa yang dijadualkan. Maklumlah, bukan senang untuk saya bahagi masa belajar dan kerja pada masa yang sama," katanya ketika dihubungi mStar. 

Ayie menghadiri upacara konvokesyen sempena Istiadat Konvokesyen Aswara ke-15 di Panggung Eksperimen Aswara pada Khamis. 

Dalam pada itu, Ayie juga berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dalam masa terdekat. 

"InsyaaAllah kalau ada rezeki, saya teringin nak sambung master. Banyak benda sudah dalam perancangan tapi tidak bermakna saya tidak akan sambung langsung," ujarnya.

Ayie Floor 88

Artikel Lain