VIDEO perkongsian selebriti terkenal Alif Satar di laman Youtube yang menyaksikan perjalanannya menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 dalam tempoh 15 jam pada Oktober lalu mendapat perhatian netizen. Menerusi salah satu daripada tiga video yang dimuat naik, Alif menjawab soalan netizen tentang perlaksanaan ibadah solat dalam perlumbaan itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau dah lenjan 15 jam macam tu... solat semua dekat mana ya?” - Alif Satar jawab soal sembahyang ketika cabaran Ironman ARTIKEL BERKAITAN: Ambil masa 15 jam, Alif Satar berjaya tamatkan cabaran Ironman - “Perkara gila yang saya pernah lakukan” Video Alif raih lebih 400,000 tontonan dan 16 ribu tanda suka. "Race, race juga... Ironman, Ironman juga... esok dia (Allah) tak tanya finish ke Ironman tu?" "Ketika badan kau tiada apa-apa, bila kau solat kau rasa satu benda yang baru. Satu benda yang kau buat hari-hari dan bila kau buat dalam saat kau tiada apa-apa ia seperti penyelamat untuk kau. Lepas solat rasa fresh seperti baru lepas mandi," ujarnya. Perkongsian pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, 29, menjadi bualan sehingga namanya trending nombor satu laman sosial Twitter pada Selasa. Ia menutup komen negatif netizen yang mempersoalkan tanggungjawabnya dalam menunaikan sembahyang lima waktu dalam acara itu. Pada 26 Oktober lalu, Alif berjaya menamatkan cabaran Ironman yang memerlukannya untuk berenang sejauh 3.8 kilometer, 190 kilometer berbasikal dan 42 kilometer berlari di Pantai Cenang, Langkawi. Rata-rata netizen termasuk rakan artis memuji tindakan Alif tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim walaupun dia sedang melakukan aktiviti bersukan. Beberapa netizen yang memuji sikap perbuatan Alif. "Alif Satar idola. Ironman, ironman juga, esok Allah tak tanya habis ke Ironman tu kalau tak solat. "Tengok la YouTube Alif Satar dia tunjuk kot pasal dia prepare untuk solat time running tu. "Berkaca weh mata tengok video ironman Alif Satar. Betul-betul boleh dijadikan inspirasi. Romantik dengan isteri, hormat mak bapa, stamina kuat." tulis beberapa netizen di Twitter. Tahun ini merupakan kali kedua pelakon drama Red Velvet itu menyertai kejohanan tersebut.