suria

Azhan Rani dan Fedtri Yahya tegur netizen hantar mesej biadab - “OKU bukan alasan untuk jadi orang tak bertamadun”

Fedtri dan Azhan menerima mesej daripada individu yang sama.

PELAKON Azhan Rani menegur tindakan seorang netizen yang menghantar mesej peribadi dengan perkataan kesat yang berunsur provokasi.

Azhan, 43,  berkata, kandungan mesej yang tidak berfaedah itu hanya membuatkan dia malas untuk membaca mesej-mesej lain yang lebih penting.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sibuk marah orang tak takut Tuhan, tapi gigih buat cerita hantu ajak orang takut syaitan” - Azhan Rani pertahan telefilem songsang

Azhan berkongsi paparan skrin mesej daripada seorang individu yang dikatakan OKU.

"Ya dik, kau nak glamor kan. Sekarang abang kasi kau glamor. Abang percaya mak ayah kau tak ajar macam ini. Kau sendiri ini.

"Hmm ini antara sebab kadang-kadang aku malas nak tengok mesej. Sampai kadang-kadang aku selalu terlepas baca mesej-mesej penting," katanya.

Pelakon drama popular Nur ini memuat naik paparan skrin mesej individu tersebut di Instagramnya pada Isnin.

Dah beranak-pinak pula bab* tu ya... Ya dik... puaskan la hati kau.

AZHAN RANI

Pelakon

Rata-rata netizen meminta aktor yang popular dengan watak Ustaz Hamadi itu tidak melayan individu yang dipercayai orang kelainan upaya (OKU).

"Dah beranak-pinak pula bab* tu ya... Ya dik... puaskan la hati kau. Ramai kata awak ini OKU, kalau ya pun abang harap mak ayah awak ini baca la dan kawal handphone tu.

"Kalau tak OKU, janganlah sampai kau betul-betul OKU pula ya. Jap lagi abang sekat awak ya. Jaga diri ya dik," tulisnya.

Azhan dedah terima mesej daripada individu memanggilnya dengan perkataan kesat.

Dalam pada itu, pengacara dan penulis lirik, Fedtri Yahya mendedahkan turut menerima mesej daripada individu yang sama.

"Rasa-rasanya ramai orang (terutama artis atau selebriti) dia hantar mesej yang sama atas alasan dia OKU. OKU bukan alasan untuk jadi orang tak bertamadun ya.

"Ramai saja OKU akhlak mulia dan beriman," katanya. 

Azhan Rani, Fedtri Yahya

Artikel Lain