suria

Difitnah keluar dengan wanita berbeza, Luqman Faiz kecewa ramai peminat 'left group' - “Terima kasih ganggu ruang privasi saya!”

Luqman tidak boleh duduk sendirian kerana bimbang dirinya dalam keadaan tertekan.

PENYANYI Luqman Faiz berasa kecewa apabila terdapat seorang peminat yang menyebarkan fitnah menerusi foto-foto dia bersama dua wanita di grup Whatsapp kelab peminatnya.

Menurut Luqman, 19, tindakan individu tersebut telah membuatkan beberapa orang peminat perempuan kecewa dan patah hati sehingga mengambil keputusan untuk keluar daripada grup itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya jadi lost, tak tahu nak buat apa” - Berdepan masalah cinta, Luqman Faiz tidur dalam kereta selepas program Big Stage

Bagi penyanyi lagu Kepuraanmu ini, individu itu tidak sepatutnya menyebarkan sesuatu yang tidak pasti tanpa bertanya terlebih dahulu.

Status Luqman ditujukan kepada individu yang menyebarkan fotonya.

"Status saya itu memang ditujukan kepada individu yang menyebarkan foto ketika saya keluar dengan seorang wanita di grup Whatsapp kelab peminat.

"Individu itu salah seorang daripada peminat saya. Tapi saya tak marah cuma, dia sepatutnya tanya saya terlebih dahulu mengenai identiti wanita itu sebelum sebarkan tanpa usul periksa.

"Disebabkan tindakannya itu, ada peminat patah hati, kemudian 'left group' sebab mereka ingat saya masih single tapi tiba-tiba ada foto keluar dengan wanita pula.

"Sedangkan sebenarnya wanita itu adalah sepupu saya manakala seorang lagi wanita itu adalah model tudung perniagaan saya dan kami hanya berbincang soal kerja," katanya kepada mStar.

Sejak akhir-akhir ini saya tak boleh nak duduk seorang diri. Dada rasa sesak dan rasa down saja tiap masa.

LUQMAN FAIZ

Penyanyi

Luqman turut menegaskan sehingga kini dia masih belum mempunyai kekasih dan berharap peminatnya tidak salah faham melihat foto tersebut.

Menerusi status yang dimuat naiknya itu, Luqman berterima kasih kepada pihak yang menganggu ruang privasinya dan menyebarkan berita serta gambar sehingga membuatkan dirinya tertekan.

Malah, Luqman turut mendedahkan dia kini berdepan masalah keresahan melampau (anxiety).

Luqman berkemungkinan mengalami masalah keresahan melampau.

Dalam pada itu, Luqman mengakui tekanan yang dialami berikutan terlalu banyak berfikir soal pelajaran dan persembahan di pentas Muzik-Muzik 34 pada Jumaat ini. 

"Sejak akhir-akhir ini saya tak boleh nak duduk sendirian. Dada rasa sesak dan rasa down saja tiap masa. Sebab itu, sekarang saya banyak habiskan waktu di rumah sewa bersama rakan-rakan.

"Jadi bila benda-benda macam ini (sebar foto) berlaku, saya lagi bertambah tertekan," ujarnya.

Luqman Faiz

Artikel Lain