suria

“Macam ni layanan untuk artis sendu macam aku” - Amyza Aznan kesal produksi tidak adil, lambat dapat bayaran kerana tidak popular

Amyza, Azhan kesal terhadap pihak produksi berkenaan soal bayaran.

PELAKON Amyza Aznan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir produksi yang tidak adil dalam membuat bayaran kepada pelakon. 

Amyza, 43, berkata, dia menerima layanan yang tidak sepatutnya daripada pihak produksi yang sering memberi keutamaan kepada artis baharu dan mempunyai pengikut ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kononnya rumah tiada elektrik, ‘Hidayah’ gagal tipu Amyza Aznan

ARTIKEL BERKAITAN: Sabarlah Amyza! “Semoga Allah pegang hati ini untuk tidak berpaling” - Amyza Aznan reda jaga suami lumpuh akibat strok 

"Jangan cakap artis tak bagi komitmen, aku mual layan kerenah macam ni. Macam ni layanan untuk artis sendu macam aku, followers sendu. 

"Artis yang harga boleh cincang, artis yang boleh gelak-gelak tepuk tampar. Bila kau friendly dah tak class. Followers 300,000 harga boleh cincai. Cincai sebab kau artis lama," tulisnya di Instagram. 

Amyza memuat naik status pelakon Azhan Rani berkaitan bayaran gajinya yang masih tidak dilunaskan pihak produksi. 

Azhan luah pendapat yang sama terhadap pihak produksi berkaitan soal bayaran.

Azhan Rani menerusi posting di Facebook itu meluahkan pendapat tentang segelintir penerbit drama yang tidak bersikap profesional.

"Yang sedih jadi pelakon ni bila dah berbelas tahun kau berlakon, kerja dah selesai masih nak kena tanya bila payment kau nak dibayar. 

"Terima kasih buat producer yang profesional dan terima kasih juga buat producer yang acah-acah profesional. Maaf, saya tak pandai mengipas... yang salah tetap salah," katanya. 

Sementara itu, Azhan turut menasihati Amyza supaya tidak mengeluarkan kenyataan di media sosial bagi mengelakkan dilabel 'artis kekwat' oleh netizen.

Amyza kecewa pihak produksi tidak adil buat bayaran kepada pelakon lama.

"Mu baru dapat award best actress kot. Mu up pasal ni mu nanti kena macam aku la. Artis kekwat. 

"Ni zaman artis dengan kru saja kot yang kena ikut jadual. Tapi bab bayaran kena ikut mood dia orang. Sedih tapi benar. Cuma tak semua yang macam ni. Aku doakan rezeki mu Allah lipat gandakan," komennya. 

Amyza Aznan, Azhan Rani

Artikel Lain