PELAKON Zahiril Adzim meluahkan rasa kecewa terhadap cara bekerja di set penggambaran sesebuah filem di Malaysia masih lemah dan tiada perubahan. Menurut Zahiril, 35, bukan sahaja pihak produksi malah kebanyakan artis masih tidak profesional sehingga membuatkan dia sudah tidak sanggup berdepan situasi sedemikian. ARTIKEL BERKAITAN: Zahiril Adzim Terkena Tempias Kes Ude Gara-Gara Tahi Lalat Di Dagu ARTIKEL BERKAITAN: Zahiril Adzim disuruh mencarut "Masih banyak benda-benda yang dalam industri ini yang masih tak berubah dan saya sudah tak boleh nak menghadap lagi benda yang macam ni. "Dah 10 tahun pun sama juga, masalah yang sama. Jadi daripada saya mengamuk dekat set, lebih baik saya elak dan beri pada orang lain. Zahiril kini sibuk menjalani penggambaran bagi KL Gengster Underworld 2. "Cara kerja di set saya boleh cakap masih lemah. Bukan saya nak mengecam pihak produksi malah artis sendiri pun masih ramai lagi yang lemah dan tak profesional. "Daripada mula-mula saya masuk industri sampai sekarang... perubahan itu tak banyak. Sedangkan negara lain dah pergi jauh," ujarnya kepada mStar. Dalam pada itu, Zahiril turut mengakui mahu memperlahankan karier dalam lakonan selain lebih selektif memilih watak. Kata Zahiril, dia juga enggan membabitkan diri menerusi karya yang bersifat hiburan semata-mata demi kebaikan industri lakonan. "Bukan nak berhenti cuma lebih selektif dalam memilih watak. Kalau rasa betul-betul nak buat baru saya akan terima. Maknanya saya bukan berlakon untuk survive lagi dah kerana untuk fasa itu dah lepas. Daripada mula-mula saya masuk industri sampai sekarang... perubahan itu tak banyak. ZAHIRIL ADZIM Pelakon "Dan saya tak pernah nak menentang karya yang bersifat hiburan semata-mata cuma nak minta biarlah ianya seimbang supaya kita ada filem yang boleh dibanggakan di tahap antarabangsa. "Ada perkara-perkara yang saya kena tengok dahulu. Misalnya ada kawan-kawan yang saya pernah kerja dengan mereka dan saya tahu mereka mungkin tak akan timbulkan masalah yang banyak, saya boleh terima. "Saya nak pergi set yang saya happy... bila orang tengok mereka tahu inilah set untuk filem bukannya set yang nampak macam nak shoot untuk Youtube," ujarnya.