suria

Adibah Noor reda jadi ‘reference’ perempuan berbadan besar - “Maaf jika kawan-kawan ejek atau hina anda gemuk macam saya”

Adibah Noor minta maaf jika pengikut perempuan di laman sosial dilabel berbadan gempal sepertinya.

ISU memperkecilkan seseorang berdasarkan bentuk fizikal atau body shaming dilihat tidak berkesudahan walaupun pelbagai usaha mendidik masyarakat banyak dilakukan.

Penyanyi dan pelakon Adibah Noor, 49, antara yang sering menjadi mangsa pihak yang tidak sensitif mengenai isu bentuk fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: "Juara lagu diadili awal, malam itu hanya vokal dan persembahan terbaik sahaja" - Adibah Noor dedah cara penjurian AJL 

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa benda adik sebut tu?” - Adibah Noor tegur Haqiem Rusli

Terbaharu Adibah tampil mengakui bahawa namanya sering menjadi rujukan bagi menggambarkan bentuk fizikal yang besar.

"Ada sahaja peminat mengaku kepada bahawa ada kawan-kawan mereka panggil dengan nama saya untuk menunjukkan yang mereka itu gemuk.

Adibah memuji sikap masyarakat yang membantah perbuatan body shaming.

"Di Instagram, hampir setiap hari mereka tag saya jika ada kawan-kawan mereka berbadan gempal.

"Maaf jika kawan-kawan ejek atau hina anda gemuk macam saya. Sebenarnya saya terpanggil untuk muat naik posting itu supaya sesiapa sahaja yang berbadan gempal tidak berkecil hati apabila disamakan dengan saya," katanya kepada mStar.

Sebelum itu Adibah memuat naik posting di Instagram dengan menyatakan bahawa dia sedia menerima bebanan kutukan bagi mewakili individu berbadan gempal yang sering menjadi mangsa body shaming.

"Saya mahu menenangkan mereka dan menyatakan bahawa it's okay sebab sekurang-kurangnya orang dah tak panggil kita dengan nama binatang.

"Saya tak rasa sedih apabila orang jadikan nama saya sebagai bahan ejekan. Cuma saya takut orang yang kena ejek tu rasa sedih.

"Jadi nasihat saya kepada orang yang berbadan gempal supaya bersifat positif sebab bukan mereka bayar makanan kita!," katanya.

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat supaya Adibah.

Dalam pada itu Adibah memuji sikap masyarakat yang menyatakan bantahan mereka terhadap perbuatan body shaming yang kerap lagi ditonjolkan di televisyen.

"Pada pendapat saya body shaming itu tidak wajar dilakukan kerana it's not funny at all. Rata-rata netizen tidak bersetuju apabila fenomena ini berlaku di TV.

"Saya bangga dengan masyarakat yang matang dan menganggap body shaming itu sebagai sesuatu yang tidak kelakar," katanya.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada netizen apabila rata-rata netizen mengisi ruang komen dengan memberikan semangat kepada Adibah supaya tidak terlalu merendah diri.

"Apa nak malu jadi budak gemuk, kita comel. 

"Beratus-ratus orang yang saya jumpa sebelum ini ada saja panggil saya 'Adibah Noor', tapi saya rasa bangga walaupun saya tahu tak berbakat macam akak. 

"Confident is sexy girls, tak kira berat badan atau saiz," demikian komen beberapa netizen.

Adibah Noor

Artikel Lain