suria

“Budak lasak... suka lompat-lompat” - Baem anak Aliff Syukri jatuh di kolam renang, lutut terkoyak

Gelagat Baem ketika menerima rawatan di hospital.

ANAK ketiga kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Ibraheem Adham mengalami kecederaan di bahagian lutut akibat terjatuh di kolam renang.

Menurut isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, kecederaan pada lutut anaknya yang mesra disapa Baem itu perlu dijahit kerana terkoyak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Isteri pergi haji, suami pula sibuk buat lagu maksiat” - Netizen jadi 'bitter' tanya kenapa Aliff Syukri tak ikut sekali

ARTIKEL BERKAITAN: “Baby kembar, ya Allah sayang ya” - Aliff Syukri akur kejutan tak menjadi, isteri alami pendarahan

Sehubungan itu Ibraheem dibawa ke hospital untuk menerima rawatan pada Khamis malam.

"Budak lasak suka bercakap. Suka lompat-lompat lepas tu jatuh terkoyak lutut.

Shahida bersyukur urusan menjahit lutut Ibraheem selesai.

"Tak fasal-fasal mama kena pergi hospital malam-malam buta ni. Baem oh Baem," tulisnya di Instagram.

Shahida turut berkongsi beberapa gambar dan video gelagat anaknya itu ketika di hospital.

"Tengoklah, sakit pun tak reti diam," katanya.

Rata-rata netizen mendoakan Ibraheem cepat sembuh.

Namun tambah Shahida, dia bersyukur apabila proses menjahit pada bahagian lutut itu selesai dengan selamat pada pagi Jumaat.

"Alhamdulillah dah selesai, pagi-pagi pukul tujuh dah masuk OT (operation theatre) untuk jahit luka semalam.

"InshaAllah petang nanti boleh balik dah. Abaikan muka mak dia yang kembang tu," tulisnya. 

Shahida bersama empat orang anaknya.

Sementara itu di ruangan komen rata-rata netizen turut mendoakan supaya Ibraheem cepat sembuh.

"Get well soon Baem.

"Alhamdulillah. Speedy recovery Baem. Hero mama kuat! Boleh senyum lagi tu," komen beberapa netizen. 

Untuk rekod, Shahida dan Aliff berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.

Datin Seri Nur Shahida

Artikel Lain