PENYANYI Ezad Lazim meminta orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan akaun palsu menggunakan namanya di laman Instagram. Menurut Ezad, dia mendapat maklumat akaun tersebut dicipta oleh invididu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan mengambil wang daripada orang ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Ezad akui berhati-hati 'bahan' Azmi (Caliph Busker), takut orang lain terasa “Dia punya mulut lagi dahsyat!” ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ezad Lazim meninggal dunia "Ada tak sesiapa di sini yang dapat DM (direct message) daripada akaun ini? Untuk makluman, ini bukan daripada saya. Ada orang gunakan profile saya. Saya tak pasti apa tujuannya. Mohon rakan-rakan semua alert dengan perkara ini. Antara posting yang dimuat naik Ezad di laman Instagram miliknya. "Ya Allah... ada ke ramai yang percaya mesej ini datang daripada saya? "Mohon kepada Allah agar kita dihindari daripada perkara yang tidak baik di dunia ini... macam-macam cara digunakan untuk mengambil kesempatan," ujarnya. Penyanyi lagu Demi Cinta ini berkongsi maklumat berkenaan menerusi Instagram. Difahamkan, pemilik akaun palsu dengan nama @e.zadlazim itu memperdayakan mangsa dengan menghadiahkan mereka telefon bimbit iPhone XS Max yang kononnya bernasib baik kerana terpilih secara rawak. Tolong alert ya semua akaun @e.zadlazim ni adalah palsu. Mereka guna nama saya nak mintak duit. EZAD LAZIM PENYANYI Lebih melucukan apabila akaun itu yang mendekati mangsa dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang kemudiannya akan meminta mangsa untuk membayar caj penghantaran yang tidak masuk akal iaitu sebanyak RM450 bagi mendapatkan telefon berkenaan. Justeru itu, Ezad meminta orang ramai berhati-hati jika menerima mesej mencurigakan daripada akaun yang menggunakan namanya. "Berdasarkan apa yang saya baca, orang ini menggunakan nama saya untuk meminta caj penghantaran iPhone kepada mereka yang terpilih. "Tolong alert ya semua... akaun @e.zadlazim ni adalah palsu. "Mereka guna nama saya nak mintak duit," tulisnya.