PELAKON Rita Rudaini memberi amaran kepada ibu bapa di sekolah anaknya agar lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap sikap dan perilaku anak masing-masing agar tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Menurut Rita, 43, dia kesal apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 10, didakwa menjadi mangsa buli rakan-rakan di sekolah. ARTIKEL BERKENAAN: “Anak hang anak sah taraf ke?” - Melampau! Rita Rudaini buat laporan polis, tuntut individu fitnah status anak mohon maaf ARTIKEL BERKENAAN: Netizen fitnah status sah taraf anak Rita Rudaini sudah munculkan diri "Dia ni asyik kena buli sebab dia tak melawan. Orang kata apa pun kat dia, dia tak pandai balas. Orang buat apa pun kat dia, dia tak balas. "Mommy pun tak ajar anak-anak mommy kata kat anak orang atau buat (pukul) anak orang. Tapi tunggu, mommy yang akan ambil tindakan kalau ibu bapa tak reti nak ajar anak sendiri. Rita pernah membuat laporan polis terhadap pengguna Instagram yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya. "Mommy ni tengok je lembut. Tapi jangan buat hal. Benda sikit-sikit mommy boleh lagi tutup mata dan just ajar anak 'biarkan', tapi apabila sampai bab kena londeh seluar ni, memang kurang ajar sangatlah," tulisnya di Instagram. Berdasarkan perkongsian itu, Rita dilihat begitu kecewa apabila laporan berhubung kes buli membabitkan anaknya seolah-olah tidak diendahkan pihak yang terlibat. "Kalau ibu bapa boleh buat tak tahu apabila dah buat report, buat tak tahu apabila tahu anak dia 'something', sampai sekarang saya tunggu ya. But nothing daripada parents tu," tulisnya. Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini memberitahu bahawa meskipun dia membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi, tidak bermakna orang luar boleh mempermainkannya. Tunggu Rita Rudaini buat sesuatu. Saya tak kisah level apa pun. Jangan main-main dengan saya. RITA RUDAINI PELAKON "Tunggu Rita Rudaini buat sesuatu. Saya tak kisah level apa pun. Jangan main-main dengan saya. Saya bela anak-anak seorang diri tanpa suami but jangan main-main ya. "Kadang-kadang saya boleh jadi kucing, tapi awas saya juga boleh tukar jadi naga," tambahnya. Sebelum ini, Rita pernah membuat laporan polis terhadap pengguna laman Instagram yang menghina dan mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya. Rita dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8. Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.