suria

Ebi Kornelis dah pandai ‘show off’ badan? “Saya hanya ikut permintaan, bukan niat nak tayang ‘body’ semata-mata”

Salah satu babak yang memperlihatkan susuk tubuh Ebi.

PENYANYI dan pelakon Ebi Kornelis memberitahu tujuannya membina otot badan bukan semata-mata untuk dipamerkan kepada umum menerusi filem lakonannya, Misi Operasi X (M.O.X).

Sebaliknya Ebi, 36, berkata dia hanya menghormati naskhah dan kehendak pengarah filem tersebut yang memintanya untuk melakukan babak yang memperlihatkan susuk tubuh.

"Untuk filem itu memang saya turunkan berat badan saya sebanyak 14 kilogram. Tapi bukan dengan niat nak tayang body semata-mata.

"Saya hanya ikut permintaan pengarah saja selain menghormati naskhah yang diberikan.

Salah satu babak dalam filem M.O.X.

"Kalau diberikan masa sebulan lebih lagi, mungkin saya akan buat badan dengan lebih baik," kata Ebi kepada mStar.

Naib juara program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini ditemui ketika malam gala filem M.O.X di e@Curve, Petaling Jaya baru-baru ini. 

Selain Ebi, filem M.O.X juga turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Tya Arifin, Zaidi Omar, Radhi Khalid, Shareeta Selvaraj, Adam Shahz dan ramai lagi.

Filem arahan Datuk Zulkiflie M. Osman ini mula menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 21 November.

Kalau diberikan masa sebulan lebih lagi, mungkin saya akan buat badan dengan lebih baik.

EBI KORNELIS

PELAKON DAN PENYANYI

Dalam pada itu, Ebi berkata dia lebih selesa memberi tumpuan kepada bidang lakonan dan penerbitan drama berbanding nyanyian.

"Sekarang ini saya banyak terbitkan dan menjadi pengarah untuk telefilem dan drama. Sejak 2013 sehingga kini sudah 11 buah drama dan telefilem saya hasilkan untuk saluran TV Okey dan RTM.

"Disebabkan dulu selepas habis AF5, saya banyak dapat tawaran berlakon berbanding nyanyian, terus mula berminat dalam penerbitan dan ada masuk kursus untuk menjadi pengarah dan penulis skrip," ujarnya. 

Artikel Lain