suria

Adira tak mahu cerai, Datuk Red dapat peluang kedua - “Tidak letak syarat, namun sebagai manusia saya juga ada hadnya”

Adira berharap suaminya menggunakan peluang yang diberi dengan sebaiknya.

TEKA-TEKI mengenai status rumah tangga Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan mereka sudah kembali berbaik sejak seminggu yang lalu.

Menurut Adira, dia berharap suaminya akan menggunakan peluang kedua itu dengan sebaik mungkin.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira tayang foto suami tidur berlengeng, petanda rumah tangga kembali aman - “Alhamdulillah... semoga bahagia demi anak”

Jelas Adira, alasan utama untuk dia dan Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red kembali berdamai adalah disebabkan anak-anak.

"Macam saya pernah cakap sebelum ini, anything can happen. Niat saya untuk berikan suami peluang kedua sekali lagi, saya harap dia gunakan dengan baik.

Adira berkongsi foto suami dan anaknya di Instagram.

"Sebab apa saya berikan (peluang), saya tak boleh nak kongsi tapi alasan paling utama adalah anak-anak kami. Kami dalam proses berbaik sejak kurang seminggu lalu tapi tiada sesi pujuk-memujuk pun.

"Sekarang ini dalam proses nak tarik balik permohonan cerai dan saya agak yakin dengan keputusan saya. Apa-apa pun, doa yang terbaik buat kami," katanya kepada mStar.

Adira ditemui pada malam Semi Final Muzik-Muzik 34 (SFMM34) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Jumaat.

Sebelum ini, tindakan Adira memuat naik foto suaminya dan anak ketiga mereka, Anggun di Instagram dilihat menjadi petanda baik mengenai status rumah tangga pasangan itu.

Banyak perkara yang saya belajar... macam mana pun kena fikir anak-anak. Kita tak boleh terlalu nak buat keputusan untuk diri sendiri.

ADIRA SUHAIMI

PENYANYI

Manakala pada 14 November lalu, Adnan turut memberi gambaran Adira berkemungkinan menarik semula permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.

Dalam pada itu, Adira memberitahu dia tidak meletakkan sebarang syarat untuk hubungan mereka kembali pulih namun mengakui kesabarannya juga mempunyai had.

Adira juga berkata dia banyak belajar daripada kesilapan sebelum ini dan perlu lebih memikirkan mengenai hati ketiga-tiga anaknya.

"Saya tidak meletakkan apa-apa syarat, selagi boleh saya akan bersama namun sebagai manusia saya juga ada hadnya. Just don't cross the limit.

"Banyak perkara yang saya belajar... macam mana pun kena fikir anak-anak. Kita tak boleh terlalu nak buat keputusan untuk diri sendiri.

Adira perlu fikir hati anak-anak.

"Anak-anak masih kecil, tak adil untuk mereka. Jadi, apa saya buat tak boleh pentingkan diri sendiri. Kena fikir hati anak-anak," ujarnya.

Terdahulu, Adira memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam dan prosiding pelantikan pegawai mahkamah itu sepatutnya berlangsung pada 9 Oktober lalu namun ditangguhkan.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggerik, Asan dan Anggun.

Adira Suhaimi, Datuk Red

Artikel Lain