suria

Sambut ulang tahun pertama, Lana Nodin kongsi momen lahirkan Billy - “Syukur Allah beri peluang yang pernah ku rayu dan mohon padaMu”

Lana bersyukur dapat sambut ulang tahun pertama kelahiran anak lelakinya.

PELAKON Lana Nodin meluahkan rasa syukur dapat menyambut ulang tahun pertama anak lelakinya, William Daud Mckienzie atau nama panggilan Billy.

Lana, 40, berkata, ia merupakan nikmat selepas berhadapan dengan ujian berkaitan kesihatan anaknya pada awal kelahiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Lana Nodin bimbang ada kebocoran lain di saluran injap jantung anak lelakinya

"Syukur pada ilahi tahun lalu pada tarikh ini, Allah swt berikan ujian yang sangat hebat pada daddy dan mommy sekeluarga.

Lana kongsi video ketika anaknya dilahirkan.

"Dan pada tarikh hari ni juga, Alhamdulillah Allah swt berikan nikmat untuk menyambut tahun pertama bersama kami.

"Terima kasih Allah dengan anugerah ini, anakku ini semakin sihat dan terima kasih juga kerana memberiku peluang untuk ku menjaganya yang pernah ku rayu dan ku mohon padaMu," katanya.

Lana berkongsi beberapa video dan foto ketika dia melahirkan anak keduanya itu menerusi laman Instagram pada Ahad.

Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan masih mendoakan kesihatan anak saya, terima kasih semua.

LANA NODIN

Pelakon

Sebelum ini, Billy mengalami kebocoran kecil di bahagian lain saluran injap jantung selepas jalani pembedahan Februari lalu di Insitut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Billy yang ketika itu berusia dua bulan menjalani prosedur 'baloon valvuloplasty' akibat masalah injap sempit (aortic stenosis) sejak dilahirkan.

Dalam pada itu, Lana turut berterima kasih kepada semua orang yang sentiasa mendoakan kesihatan anaknya.

Lana berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan anaknya.

"Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan masih mendoakan kesihatan anak saya, terima kasih semua.

"Happy Birthday to my dearest son, semoga jadi anak yang soleh dan beriman... amin, we love u Billy Boy" katanya.

Lana berkahwin dengan David Mckienzie atau nama Islamnya, Mohd. Daud Mckienzie pada 15 Mei 2015.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia dua tahun dan William Daud Mckienzie.

Lana Nodin

Artikel Lain